13 Julai 2009

Tak macam orang lain punya Sunday.

*Gua nak Sunday gua macam ni tiap-tiap hari.


"Siti bukan tak suka abang..." kata-kata Siti berhenti di situ.

Gua dah rimas dengan saspen yang Siti cuba bagi. Gua keluarkan kotak Surya tak bukak lagi.

Pap! Pap!

Gua tepuk kasi tembakau padat. Koyak plastik, korek keluar sebatang. Gua tenung Siti. Dia tak tenung gua lansung. Dia lipat kain tudung tepi telinganya sambil tiup ke atas dahi. Sekali-sekali, dia usik-usik side burn gua.

Biar lah dia nak buat apa pun. Gua dah malas nak ambik tahu. Gua bukannya lapar sangat cinta dia. Rumah gua dekat dengan sekolah menengah. Berpuluh makwe usha gua tiap-tiap hari. Belum kira kakak-kakak tunggu adik depan rumah gua lagi. Cuma diorang tak balas teguran gua je.

Gua bakar manja gua punya hujung puntung Surya sikit. Picit filter kasi penyek, gua nyalakan.

Pergh, macam naik basikal turun bukit lepas tangan dia punya pergi.

Gua lafaz, "Siti, tolong habiskan ayat awak tu," dalam celah-celah cengkih rokok gua meletup.

"Kejap," kata Siti. Dia tanggalkan selipar dan pegang.

"Siti akan suka abang kalau abang lebih banyak harta dan lebih bergaya," Siti angkat sikit kain batiknya. Siti pecut lari. Hilang dalam kelam malam.

Tersedak gua dibuatnya. Bila Siti hilang dari pandangan, gua pandang atas langit, gua jerit,

"WHY ME? WHY ME? WHY ME? WHY ME?"

Seperti di dalam gaung, suara kawan gua samar-samar kedengaran.

"Pipi, bangun wei. Gua nak keluar dating ni. Gua nak pakai kasut dah."

Mimpi rupanya. Cilakak, dalam mimpi pun gua miskin. Gua usaha jugak bukak mata. Mamat Raub ni pun, apahal kejut gua pagi-pagi? Keh bukan nak pergi dating pun. Keh dah lama tak ada makwe. Keh tibai jugak aok ni kang.

Keh pandang Mamat Raub tu tajam-tajam.

Dia datang dekat gua, "Tepi sikit," dia cakap.

Bila dia tunduk, gua macam nak grab dah kepala dia. Cuma, bila gua perasan ada rasa kasut terpenyek di bawah badan gua, gua mula paham niat dia. Gua diam. Gua kalau malu campur marah, gua diam.

"Takde tempat lain ke nak tidur? Kenapa atas kasut kiri aku?"

Ah, banyak pulak point dia nak lontar. Dah memang ini tempat tidur gua. Gua sewa ruang tamu rumah ni. RM50 campur bil Astro, air, TNB dan internet. Sapa yang tak mampu? Memang ramai kongsi ruang tamu ni dengan gua. Jadi, kalau gua tertidur atas kasut tu kira biasa lah. Pernah jadi juga gua tertidur atas lauk sahur. Memang gua rimas dengan semua ni. Tapi, bila bersembang pasal berapa banyak duit gua boleh tabur tiap-tiap bulan, mata gua berkaca.

"Pi, aku nak keluar dah ni, kau nak pesan apa-apa tak?"

"Belikan aku lima Snack Plate, boleh?" gua bersuara dalam hati.

Bengap punya kawan. Gua mana ada duit nak pesan-pesan. Nak merasa Sugus pun kena merompak.

"Lain hari, hari ni gua belum ready," gua cuba bersembang.

Kawan gua bangun capai helmet bergerak ke arah pintu. Gua terasa macam nak pergi lambai dia kat pintu. Sedih pun ada. Hari Ahad macam ni, gua nak jugak pergi KL cari makwe. Kurang-kurang, gua nak lepak Kamdar. Dari depan pintu gua perhatikan Mamat Raub ni. Dressing smart la pulak. Selalu keluar dengan gua dia pakai baju 'Utamakan Kesihatan' je. Hari ni ada pulak dia baju Cheetah.

Dia start motor. Gua lambai bermuka simpati, "Raub, mintak pinjam RM2." Itu je niat gua tunggu depan pintu ni.

Yang bodohnya Mamat Raub ni pun, dia sanggup turun motor bagi duit dekat gua. Kalau gua, lu nak duit, lu datang la ambik. Mungkin pasal tu Tuhan tak bagi gua duit banyak sangat. Kalau gua ada duit banyak, gua main lempar je kat muka kakak jaga kaunter bil Astro tu. Jatuh sebelah gua pun gua tak kutip. Pandai-pandai la kakak tu. Gua pun satu, pasal duit je, semua salah rezeki. Tak pernah sekali pun gua tuduh gua ni malas. Orang tuduh pun tak pernah. Last sekali orang tuduh gua malas, Abbas Rompin. Tu pun dia dah lama tak call gua. Kena tibai dengan gua dan empat orang kawan tegap pun dah nak merajuk. Tak kung-fu lansung.

Dah dapat Rm2, gua blah masuk dalam. Dia bukan ADUN nak bagi gua ratus-ratus. Gua masuk dalam cepat-cepat. Pintu pagar biar dia tutup sendiri. Biar dia belajar hidup susah sikit. Perut gua dah lapar sangat ni. Baik gua siap pergi Seven Eleven. Kalau lambat, kang bihun tu dah basi. Kena masuk dalam pakai baju keluar round perumahan. Takkan nak pakai seluar tomoi ni je?

Berjalan dari rumah ke Seven Eleven agak membosankan. Kiri kanan rumah orang. Nak fun sikit pun, gua 'Auk! Auk!' dekat anjing dalam pagar. Anjing luar pagar, gua lintas seberang jalan. Dengan orang gua boleh sekolah lagi, ini anjing, semua nak settle cara kasar je. Gua tengah lapar. Keadaan yang tak adil jika bergelut.

Rokok pun tak ada. Dalam mimpi je gua mampu isap rokok. Itu pun Surya. Dunhill kena tunggu bonus.

Sampai dekat Seven Eleven, gua tak terus ke bihun. Melencong ke bahagian surat khabar. Sekutu-kutu gua, minat membaca memang dah lama berputik dalam hati. Bahan bacaan je gua tak mampu nak beli. Gua selak Mingguan. Silap, bukan selak, gua terbalikkan. Bola dulu, baru Perdana Menteri punya berita. Cilake, kalah lagi. Gua dah malas nak berlakon minat Arsenal ni.

Gua terus ke Pancaindera.

Wow, ada temuramah dengan Siti. Ada poster Siti. Ada ucapan Siti untuk peminat. Ada tandatangan Siti. Ada info tentang projek baru Siti. Ada pertanyaan tentang album. Celaka, ada gambar laki Siti.

Gua meninggalkan Seven Eleven dengan perasaan marah. Sepanjang jalan gua tunduk. Anjing depan selipar pun gua redah je. Sampai rumah terus gua lempar baju atas rak kasut. Kipas gua kasi '5'. Kaki letak atas meja rotan. Gua capai remote. Gua tekan 'Power' banyak-banyak kali. Kasi nampak gua punya marah. Satu cerita pun tak nampak menarik bagi gua. Marah gua tak dapat reda lagi. Gua kena buat sesuatu. Gua kena ceriakan Sunday gua ni.

Gua pergi Seven Eleven sekali lagi.

*

Gua dah senyum balik. Puas. Dalam keadaan meniarap atas sofa, gua pandang pintu rumah gua. Gua suka deko baru yang gua tambah tadi. Poster Siti dan lakinya dari Pancaindera . Laki dia? Gua dah conteng misai dengan marker. Tambah rambut afro. Lukis spek hitam sikit. Baru nampak tak secocok dengan Siti. Kalau ink ada lagi tadi, dah gua lorek dah skirt pada dia.

Gua lafaz niat puasa.

Nama gua Pipiyajohn. Gua bukan ada duit sangat. Aok?

(Versi berlagak)

61 kompelin:

Tanpa Nama berkata...

kesian ko demo bro...xpe..moga2 tuhan murahkan rezeki demo..kawe suko dalam tangisan ni baco post demo..my name is -faris-..

Muhammad Firdaus berkata...

pose?

oyett berkata...

ahahahahah...true punya sunday beb...

DIK AN berkata...

Bukankah beliau drummer Blood On Wedding Dress a.k.a Shuib Sigaraga?

DIK AN berkata...

Bukankah beliau drummer Blood On Wedding Dress a.k.a Shuib Sigaraga?

DIK AN berkata...

Bukankah beliau drummer Blood On Wedding Dress a.k.a Shuib Sigaraga?

DIK AN berkata...

Bukankah beliau drummer Blood On Wedding Dress a.k.a Shuib Sigaraga?

Weed and Bandages berkata...

boleh anjakkan ke Monday kot

Pipiyapong berkata...

DIK AN,
Lu nak kena lempang...??!

Pettoo berkata...

Betul best lu punya Sunday.Kalu kira2 dr bgn tido,lu dah abiskan Sunday lu dgn penuh bermakna tanpa ada masa terluang.haha.

beliamuda berkata...

sunday yang bese aje ya..

beliamuda berkata...

kasi lempang aja sama itu DIK AN.. jangan lempang sama gua udah le..

Tok Rimau berkata...

Camna boleh bercantum jadi pipiyajohn. Tiba2 gua teringat Optimus Prome Bercantum dengan Otaibot untuk lawan the fallen.

sambalgesekanaknogori berkata...

wah..betul punya marah daaa...

UglyPooh berkata...

takkan miskin cenggitu kot...mcm mustahil je pipi. ishh...xmungkin

fia.COMEy berkata...

klau anjing tuh pandai berkata-kata ape yg dia akan kate kat pipiyajohn nii...???
adakah....??


kelaka, kelaka.... sempoi bebeh...

Thumbnail berkata...

ahahaha
siotla lu bro
bc entri lu pon da dpt rasa timeline btol2 depan mata

Darkk berkata...

pergh. nie bukan pipi tuleh, ini john apih tuleh.

bergabung belog la lu skang. kih2.

Ilmapung berkata...

Pipi cerita ni sedih

api berkata...

mne g dwet jual buku????
da femes,xkn xde dwet kot....
huhuhu...

mr. hafis berkata...

hahahaha.

john hafiz jadi penulis sini ka?

madstudi0s berkata...

tampal gambar Jules Winnfield replace gambar laki Siti pun cara juga

tengkorok berkata...

sampai dalam mimpi lu miskin pipi??haha...cayalah mimpi lu!!

gizbo berkata...

hahaha..tu je buleh gua kate..

kuacisoya berkata...

berhubungan sulit dgn john hafiz lak ke?

Redz da Tsar berkata...

Huih.. Pose hari Ahad... Bagus la abang Pipi...

hak3x...

Jangan putus asa dengan Gunners... next season menang EPL k...

Hehe

bukansateyayam berkata...

gua pun ada rahsia dengan seven-e,
dulu gua selalu beli nasi lemak yg dijual depan pintu Seven-E hahahaaa tak layak pun nasi tu dijual 'dalam' seven-e sebenarnya,
walaupun esok perut bakal pedih sebab tak tahan dengan pedasnya, gua makan juga nasi murah itu.
tapi itu dulu lar, sekarang gua pun hairan apsal perut gua boleh makan pula nasi lemak dengan sambal pedas sotong :P


p/s tak kisah ah siapa tulis entri ni,adegan gaduh tak jadi dengan anjing tu memang klakarlah hahahaaa...

noor afzan berkata...

bagus la puasa bro..
hehe~
tapi sunday tuh..~~~

aslina berkata...

ahhh...kacip jual sampai london...sengkek lagi?

Lionel Azry berkata...

everyday like a sunday?best2 :P

Lullaby berkata...

pi, sedih do cerita ko.duit pinjaman aku baru masuk ni.kalau ko nak merasa dunhill ko datang je sini aku payung sekotak 20.

jaja karen berkata...

bro cite nie mengayat hathi.

btw,keh pon org lipeh.:)

Zaini berkata...

"Pergh, macam naik basikal turun bukit lepas tangan dia punya pergi."


babi. menangkap juga JH tulis gaye pipi. ha ha. cilake.

Bobo Brazil berkata...

gua ingatkan sunday gua je macam cilaka. sunday lu pon sme eh?

redd berkata...

Reading both,I prefer this version.

Seriy Amran berkata...

hehe.
chumel je Sunday u.

oranglidi berkata...

SUNDAY=HARI MATAHARI..

NERAKA.. MATI2 WA INGAT PIPISITI TULIH..

zetty berkata...

sadis tol awk mnjlni ari ahad yerr...hehehe...semoga dimurahkn rezeki selalu...amin...

lydiarayyan berkata...

alahai cutenye itik kuning...

cerita ini sgt sadis...huhuhu...

puding roti berkata...

syahdunyo...

aida cy berkata...

baca entry ko memang nipis la garis realiti dengan palsu..
hampeh but still a fun reading.
:)

Maslina Suaid berkata...

besusah-susah dulu bro, takpe, kita kaya kemudian. ahak...

. p i s e y . berkata...

=)

thoyol berkata...

john tulis sini ker??

padanlah penghinaan diri sendiri sangat tinggi.. Haha..

amirnazrin berkata...

budak raub memang semuanya baik.hahahaha

terrarosa berkata...

hahahaa... sugus tu (disamping air kotak dan buah epal) adalah ubat demam keh masa kecik - kecik dulu

hahaha... klasik btul entri ini :))

speedrider berkata...

mimpi dan hari yang klasik. keadaan poket pun cukup klasik.

orkid kaler hitam berkata...

igt lu srg ke penah ada 'sunday' cam gini pi...aku pun slalu sgt2 dah rasa ..sampai dh xlarat nk layan. pi baik la lu beli bihun seven eleven dari lu beli dunhill atau surya ;)

jo berkata...

ni sunday zaman bila pi?
eleh...takkan sunday lepas blook kacip release kot....

mat mimpi berkata...

drummer bloodonweddingdress = abbas salimi!

wanda berkata...

Congrats john, lawak gila

Tanpa Nama berkata...

meletopsss lawak sunday lu pp..leh caya ker ada ramai awek skolah usha lu??

sinaganaga berkata...

Pipiyapong tak ada duit? Ceh! Duit royalti buku Kacip yang rib-rib tu mana pigi?

relevan berkata...

Lor?..

kitt berkata...

cam harem john tulih...pembaca2 punya la dok simpati kat pipi..

StingRay berkata...

"Siti, tolong habiskan ayat awak tu"

patut la gaya lawak macam john hafiz...memang john hafiz!


cilakak!

Nazeri berkata...

hauk...

Nazeri berkata...

hauk...

Rona Realiti berkata...

bazir masa tapi terhibur...
meh aku hulur duit skit...

~wandie~ berkata...

aku suke!! aku suke!!
aku suke la bace entri ko..
pipi, ko sempoi..jh pon same la..
gua penah nek beskal trun bukit lpas tgn..pstu tonggeng dlm gaung..ceh!!~

crazy_labelle berkata...

haha... niat puasa utk minggu depan ke tuh...

Catat Ulasan