Sambungan: Search - Satu ulasan penuh daripada wakil rock Kuala Lipis

"Sembahyang raya tahun ni kita dressing macam ni amacam, Mael?"


Gua sebenarnya dah tak ada selera nak sambung ulas pasal konsert Search. Tapi gua sambung juga la sikit. Semasa lagu Panggung Khayalan, gua rasa saat itu adalah pembukaan konsert yang paling palat dalam Asia Tenggara. Gua syak seluruh hadirin pun muka jadi buruk. Bunyi yang keluar dari pembesar suara macam bunyi radio kedai kaset kat kedai Aji. Kadang-kadang berat ke bunyi sambutan hari guru sekolah gua dulu. Kutu-kutu rock Kuala Lipis semua berpandangan sesama sendiri. Keluar api, keluar api juga. Gitar Hillary tu dah tune ke, juruteknik gitar?

"Lepas ni ok la kot..." kata King Of Drum optimis.

Gua pun harap macam tu juga. Gua ingat bila masuk lagu kedua, bunyi jadi ngam. Lagu kedua, Search mempertaruhkan Balada Pemuzik Jalanan. Sebuah lagu klasik dari album Cinta Buatan Malaysia. Namun begitu, sistem bunyi tetap tak berubah. Biasanya kutu-kutu rock Kuala Lipis dah kucar-kacir melompat ikut beat lagu tu. Tapi kali ni tak boleh nak pergi. Tak ada motivasi langsung. Tak ada feel. Jantung tak bergoncang. Apabila sampai ke pertengahan lagu iaitu sewaktu solo Nordin,

'Chee...chee...chee... ' - Sayup sayup kedengaran hi-hat Yazid disulami bunyi unggas malam.

Kutu-kutu rock Kuala Lipis dah kasi pukimak satu kali. Pentas gelap gelita. Berdasarkan informasi yang gua dapat semalam, generator buat hal dan Amy panik di belakang pentas. Disebabkan tak ada apa nak buat, kutu-kutu rock Kuala Lipis merusuh kecil-kecilan dengan menyalahkan Padeli.

Habis Surya gua sebatang, Search muncul kembali di atas pentas. Kali ini dengan lagu Laila Namamu Teratas. Gua masa tu dalam hati ingatkan sistem bunyi terus jadi orait lepas blackout, tapi masih tak ada perubahan. Tetap barai. Bunyi gitar Din dah macam bunyi amp rabak kat rumah Mael. Gua tak tahu orang yang bekerja di bahagian bunyi, buat apa. Sekejap keyboard kuat. Masa Hillary solo, bunyi entah ke mana dengan gitar Din pula yang kuat. Memang hanyut entah ke mana hala dua gitar dan keyboard malam tu. Nasir dan Yazid tetap steady walaupun sound mereka berkecai tak ada "Boom! boom!" - Yazid, 1991. Bersepah.

"Rock ni energy. Macam bersukan..." - Din Search ketika ditemuramah di satu stesen radio hampir 20 tahun lalu.

Gua pegang kata-kata Din. Rock memang boleh kasi gua energy. Letih macam mana pun itu malam, gua yakin gua akan mampu melompat sepanjang konsert. Tapi bila sistem bunyi yang keluar langsung tak ada ciri-ciri rock, mana nak datang tenaga rock tu? Jantung tak dub dub, apa gila darah nak menaik? Apa gila Search dressing macam gampang? Macam shuffle pakaian masing-masing. Gua tahu ada penaja pakaian. Tapi dressing itu hari memang tak patut untuk konsert yang 'besar' begitu. Tak nampak Search yang sebenar. Gua lagi sanggup tengok Hillary pakai jersi Manchester United.

Perjalanan konsert itu seterusnya masih di tahap yang sama. Mendatar walaupun lagu-lagu yang dimainkan memang sepatutnya sawan. Amy berada di prestasi yang cukup menghampakan. Vokalnya teruk (salah mikrofon agaknya) dan dia selalu membuat lirik sendiri. Bila sampai part yang kena tarik, mikrofon dihalakan pada audien. Apa gila? Rock mesti kasi tarik.

Gua dah jadi tak teruja langsung dengan konsert. Gua cuma banyak menonton aksi Din yang menggila dengan kasut tinjunya dan kesan 'barang' kegemarannya. Gua syak atas stage, bunyi amp dia gila babi tengah sedap. Bunyi ke audien pula macam jahanam. Din memang cool. Lupa nak petik gitar masa Isi Atau Kulit, dia boleh sengih. Tapi dia balas semula dengan gaya permainan rockstar. Bukan berdiri tegak (Hillary) macam iring konsert Siti Nurhaliza. Gua terperasan Hillary tergeliat masa intro Gothik Malam Edan.

Sambil gua sibuk menghantar dan membalas SMS mencarut pasal apa yang berlaku depan mata gua, konsert dah sampai ke lagu Isabella. Semasa lagu Isabella, gua yakin Kid akan keluar semasa bahagian solo. Sangkaan gua tepat. Di sebelah kanan pentas, Kid keluar dengan kembali kurus. Itu hari gua tengok dah naik dia punya body. Amy dengan pantas dan ringkas,

"Kid...!" ungkap Amy sambil menunjukkan tangan ke arah Kid. Lampu lembab lambat suluh. Dan yang paling dramatik, gitar Kid tak bunyi masa solo. Macam celaka! Lu orang tahu tak solo Isabella adalah solo yang penting dalam industri pemain gitar Malaysia. Man Kidal sendiri cakap solo Isabella adalah solo yang terbaik di Malaysia kerana menggabungkan hampir semua teknik gitar yang ada. Amacam? Macam jahanam tak?

Walau bagaimana pun, kemasukan Kid ke atas pentas banyak memberi impak kepada audien yang lemau. Selepas lagu kedua Kid di atas pentas yang kedengaran berkecai bunyi gitarnya, Kid ke belakang pentas dan keluar kembali dengan bunyi gitar yang sinonim dengan dirinya. Gitar Hillary pula jadi tak dengar satu haram.

Gua perhatikan rata-rata audien lebih banyak menumpukan perhatian kepada aksi bertenaga Kid. Gua tak tahu Hillary kecil hati ke tak. Tapi Kid nampak segan segan juga dengan Hillary. Secara jujurnya kehadiran Kid di atas pentas mengubat sedikit hati gua yang terluka ni. Tapi ingat, sound keseluruhan tetap tak ada kick. Jantung masih sikit pun tak bergoncang. Ada gua baca komen dalam entri ulasan bahagian satu tentang masalah indoor dan outdoor. Gua rasa perkara tu tak jadi hal. Orang yang incas bahagian bunyi tahulah kerja diorang. Nak kena tendang? Itu hari Korn main di Sunburst yang juga bertempat di Bukit Kiara lu tahu tak bunyi dia macam mana? Baru lagu ketiga, gua dah balik rumah pasal tak larat nak dengar bunyi palm mute yang dah boleh bergegar jantung. Baru palm mute. Nak kira macam mana ni?

Cilakak. Letih juga gua taip panjang-panjang pagi pagi buta ni.

Akhir sekali gua nak mencarut pasal skrin belakang Yazid. Macam celaka dia punya murahan. Kemudian lighting memang tak ada kelas. Bab pemilihan lagu gua tak kisah sangat. Sebab gua memang layan semua lagu Search. Cuma gua rasa ada banyak lagi lagu yang lebih ada 'kick' yang boleh dimainkan mereka.

Kesimpulan daripada laporan serta ulasan wakil kutu rock Kuala Lipis, Search perlu bermain semula di Kuala Lumpur. Bayar balik dengan konsert sama tahap arwah Micheal Jackson Dangerous Live 1996 dulu. Kemudian kutu-kutu rock yang pergi Bukit Kiara tu boleh masuk dengan bayar tiket maksimum RM20. Hampir 30,000 orang hampa malam 1 Ogos itu. Kalau lu orang tak balas balik, memang gua tak tahu nak cakap apa. Gua bakar singlet Search gua!

Kalau bukan Search yang berdiri atas pentas tu, dah lama gua baling molotov dalam kocek gua. Kalau arwah Jalil Ngah tengok, apa jadi agaknya.

Gua tumpang sedih tengok mat-mat rock seluar ketat bintang bintang berjalan pulang dengan muka muram. Semoga industri rock Malaysia yang dijatuhkan oleh Mohamed Rahmat tidak dijatuhkan lagi sekali oleh Search sendiri.


Senarai 10 konsert/gig terbaik yang gua pernah datang
1. The Cure Live In Singapore, 2007
2. Dewa Mistikus Cinta Shah Alam, 2003
3. Butterfingers Istana Budaya 2009
4. Search disaksikan Godbless 2004
5. Konsert Mega Siti Nurhaliza 2001
6. Search Backroom 2005
7. Konsert Hari Guru Sekolah Menengah Sains Batu 8 1998
8. Sure Pekat Kuala Lipis 2006 (King Of Drum nyanyi lagu RATM)
9. Dewangga Sakti Featuring Naga Rumah Pena 2009
10. Konsert Search Di Awan Biru Kuala Lumpur 2009

Sekian terima kasih. Untuk ulasan yang lebih ringkas dan padat dengan sedikit terma teknikal, sila baca ulasan Bob Pilgrim di sini. Gua dengar cerita dia dah delete semua lagu Search dalam ipod dia.


*Foto dirembat daripada Facebook APJR (Aku Pernah Jadi Rockers)

43 kompelin:

Basuh Baju berkata...

pipi- lu masih mengsearch SEARCH yg sebenar...cuba try google? hehe

Azwan berkata...

3. Butterfingers Istana Budaya 2009

:p

bukansateyayam berkata...

semalam gua dah dengar cerita dari Amy tapi gua tak percaya !

semua musti terlibat dan bertanggungjawab...
nampaknya konsert musnah dihembus Pawana !
keskeskes....

Spyz berkata...

Setuju, patut buat 1 kali lagi konsert kat stadium negara. Tagline dia.. 'konsert Search minta ampun.. beribu-ribu ampun'

Lee berkata...

gambar tu rare..... tq!!

Tanpa Nama berkata...

ulasan dari seorang lelaki kecewa eh

sEmut berkata...

gua dengan celcom dah lama berbulu. sebab tu gua sanggup jual gua punya simcard celcom 019 39999*9 dengan harga rm300.

terrarosa berkata...

ehem.

Biarlah karam berdua...asal kau tak terlepas..dari genggamanku...






(la...la...lariii.........)

Bobo Brazil berkata...

pergh...... camtu skali tahap dia. jurutera bunyi diorang baru balik demo ISA kot. tu pasal bengap semacam...

Tanpa Nama berkata...

dah la datang lambat, boleh plak amy salahkan audiens yang parking double. dia tak tahu semua membara tak sabar nak pergi tengok konsert dia. tak patut betul.

Pelangi And Promise berkata...

aku yang tak pergi dan baca review nih pun dah naik angin.

Tanpa Nama berkata...

Dewa Mistikus Cinta Shah Alam, 2003..konsert ni aku rasa mmg best walaupun masa tu dewa tak ramai peminat lagi kat malaysia.. sampai skarang aku ingat lagi konsert ni..

capik berkata...

hehe gwa layan kan je......gwa tgu wings pulak....

dewajiwa berkata...

ulasan terbaik!

Koyuki berkata...

Butterfingers selamanya...

hanuman berkata...

p..agak2 kid tu bleh lwn slash gun n roses tak?hehehe

Pipiyapong berkata...

Hanuman,
Lu tau tak yang Slash Gun N Roses tu tak terer langsung. Dia cuma nampak terer sebab dia main gitar hisap rokok je. Lagi satu sebab dia pakai perunding imej.

MagnusCaleb berkata...

haha bagus, amarah yamg memamah diri, aku pun tak tau nak maaf kan diorang cam mana, kecuali macam cadangan ko lah buat balik konsert tu sapa ada simpan tiket kat bkt kiara dapat discout 50% (eerr aku dah koyak ke tiket tu?)

Search wajib tngok DVD Iron Maiden the flight of 666, baru tau pasaiiii

cheers bro

jiGOMorrison berkata...

Gua syak lu lagi terre sebab lu tak main gitar pun hisap rokok.

Biar aku sembelih perunding imej kau.

Ptuih!

Che' Ada berkata...

harap nk dgr lagu nigina..

speedrider berkata...

ulasan terbaik setakat ni!!!

The 4 berkata...

:::Walau apa pun alasan/elakan mereka, gua tak boleh terima, lu orang bukan New Boys atau Hujan panas, lu orang dah 28 tahun jadi rockstar:::

Memang betul kata2 nih,, Search main dh lama, apesal serabai jd.. Kalau abg gua tgk mesti dia bakar api kaset philip search dulu ..

The 4 berkata...

:::Walau apa pun alasan/elakan mereka, gua tak boleh terima, lu orang bukan New Boys atau Hujan panas, lu orang dah 28 tahun jadi rockstar:::

Memang betul kata2 nih,, Search main dh lama, apesal serabai jd.. Kalau abg gua tgk mesti dia bakar api kaset philip search dulu ..

megat rambai berkata...

1. Nightwish Live in Stockhlom 2006

jo berkata...

nak dressing gitu pegi mesjid ke?
ada tok imam baling dengan tukul besi sekor-sekor kang...

Lemang berkata...

konsert hari guru sekolah menengah sains batu 8 best ke? mase zmn aku, tak best lgsung, bonda dgn mat yu fuck gile bdk2 yg buat band. since that day, terus nasyid. nasyid, nasyid, dan nasyid lagi. tiap kali ade event je, mesti dak nasyid yg gile babi buat persembahan. bajet market. haha

Rajuna berkata...

gua ingat silkhannaz dengan vociferation eternity lagi cerewet la jaga sound berbanding brader2 ni.

semua masuk 'barang' ka pe?

Abang Ben berkata...

kena tengok IRON MAIDEN depan mata baru lupa lain2 konsert... tak leh celen.

Tanpa Nama berkata...

lu org komen je pandai..sembang nak gempak.

jiGOMorrison berkata...

Wa syak anonymous yang atas ni Amy. Keh keh keh!

jenjibam berkata...

dah macam Jom Heboh yg TV3 buat je. siap ade benda alah biru2 yg baling2 free kat crowd. hamjadah.

Tanpa Nama berkata...

ceh kata macam malas nak sambung..tp berjela jela gak:P

binjidan berkata...

ni bkn salah siapa tp search sendri yg tk mementingkan sound bila show..tak tegas dan kadang2 tak de identiti sbgai king of rock malaysia

xWadi berkata...

Aku sokong konsert semula..!

zizou berkata...

yang sedap, anep scoin jer...
sekadar rockin tanpa memerlukan pengorbanan.

The joker berkata...

hahahaa.... konsert siti pon top 5... try lyn konsert teater jamal lar weekend nih~ ade bran?

wani berkata...

adakah aku tak patut tanya kenapa konsert ni masih dalam top 10? aku rasa konsert terbaik di Malaysia (note:"aku rasa" dan "Malaysia") ialah Muse Live in Malaysia 2007.

Pipiyapong berkata...

Wani,
Cis ranking itu simbolik kepada satu perkara yang membawa maksud konsert hari guru lagi bagus dari konsert Search. Lagi satu hal, gua tak pergi konsert Muse. Buat apa gua nak tulis?

sinaganaga berkata...

>>9. Dewangga Sakti Featuring Naga Rumah Pena 2009

Perghhhhh! Nombor sembilan tuuuu! Mantop!

Hidemichi berkata...

Gambar rockers ni patut ada dalam arkib negara!

wani berkata...

ye, aku tau kamu tak pergi. aku cuma nak berlagak bagitau yang aku pergi.

aku tak pergi konsert awan biru ni tapi bila aku baca semua review yang ada, aku juga teringin nak delete lagu-lagu Search yang cuma ada dua dalam ipod aku.

Pipiyapong berkata...

Wani,
Ok delete la. Bila Search dah top nanti jangan terhegeh-hegeh nak mintak lagu dari gua ok?

Jend,
Kalau ikut hati gua nak kasi lu satu tangga atas Siti Nurhaliza, tapi nanti apa pula kata orang kampung gua.

ili syazwani berkata...

aku nampak ko. dgn geng kutu ko.