Setibanya di rumah setelah pulang dari menonton persembahan Search, gua buka gua punya Winamp. Gua pasang lagu Search, Sirih Dan Gambir (The Kinks). Kaki gua jadi macam nak terajang barang-barang sekeliling gua.
Gua silap pasang lagu. Gua tukar lagu Search yang lain. Bersalah Atau Tidak. Kemudian gua minum air oren.
Search adalah satu-satunya band Malaysia yang boleh tarik crowd sampai melebihi jumlah penduduk seluruh Kuala Lipis. Band lain gua perhati, memang tak mampu. Tua, muda, miskin, kaya, Padeli, belia 4B, kaki kelab malam, pakcik RELA, makcik meniaga Tau Fu Fa, pegawai hutan semuanya sanggup berkumpul kalau Search main. Tak kira dari Singapura, Indonesia dan Kampung Tempoyang.
3-4 bulan lepas, bila Search kata nak main di Kuala Lumpur sebagai penutup Tour Di Awan Biru, semua kutu ketar kepala. Bukan ketar sikit-sikit. Ketar banyak ni. Kalau dah kat Jengka, Search boleh main best, apatah lagi di Kuala Lumpur. Mesti dia punya hebat tahap King Of Konsert. Orang macam Padeli saja yang buat-buat rilek beli tiket pukul 6.45 petang hari konsert. Itu pun suruh orang lain belikan. Dia kat rumah terbaring tak pakai baju. Tak ada disiplin rock langsung.
Menjelang konsert yang berlangsung pada 1 Ogos baru-baru ini, gua juga tak kurang sibuk. Gua dah kira macam ejen tiket budak-budak rock kampung gua. Banyak juga tiket gua kena beli. Itu belum masuk yang tanya itu, tanya ini. Risau itu, risau ini. Sampai ada yang telefon gua tanya, 'nak pakai baju apa masuk konsert?'. Gua lempang itu jam juga. Ada dalam 2-3 budak, lumpuh sebelah badan.
Sejak Search keluar dari persaraan dengan Konsert di Stadium Merdeka pada tahun 2004 dahulu, gua tak menoleh ke belakang lagi. Bagi gua, Search tak akan bertahan lama lagi. Amy Search umur dah separuh abad. Yazid dah pangkat atuk-atuk. Jadi sisa-sisa persembahan mereka yang ada, gua kena pergi. Kalau dah tahun 1989 dulu gua tak dapat pergi konsert Search sebab abang gua malas nak bawa gua, sekarang ni gua dah boleh pergi sendiri, apa pasal gua tak pergi? Nak kena tendang?
Bermula dengan penampilan semula mereka di Stadium Merdeka, gua terus mengikuti konsert Search di Stadium Larkin, Johor Bahru tidak lama selepas itu. Kemudian gua ke Backroom pada hujung tahun 2005 yang mana gua rasa persembahan Search paling best yang gua pernah tengok di usia emas mereka. Pada tahun 2007, gua ke Planet Hollywood menyaksikan Search beraksi walaupun tanpa dua pemain gitar kesayangan gua, Nordin dan Kid. Dan 4 bulan lepas, gua menanti tarikh 1 Ogos 2009 yang gua yakin adalah satu konsert yang gila babi best sama taraf macam gua pergi Konsert The Cure di Singapura yang juga pada 1 Ogos 2007.
Pada malam 1 Ogos itu gua bergerak ke Bukit Kiara dengan DeanSham. Untuk pengetahuan, DeanSham adalah salah seorang remaja berusia 15 tahun pada sekitar 89-90 yang berjalan kaki dari Bukit Sekilau untuk menonton konsert Search di Stadium Darul Makmur. Dia cakap masa bagi tiket kat pintu masuk, orang kaunter kasi rokok Salem 7. Dengki juga gua dengar.
Menghampiri Bukit Kiara, keadaan lalu lintas sangat sibuk. Perkara macam ini memang gua dah sangka sejak awal-awal lagi. Untuk hadir ke Bukit Kiara, khidmat pengangkutan awam yang popular masa kini seperti LRT tidak wujud di situ. Jadi mereka yang hadir terpaksa menggunakan kenderaan sendiri yang mana menjadikan gua, DeanSham dan Amar kena menapak jauh ke tapak konsert. Tapi rock punya pasal, gua tak ada hal. Sembahyang jumaat belakang kira.
Sampai pintu hadapan untuk masuk ke tapak konsert, kutu-kutu rock Kuala Lipis lingkungan 24 hingga 37 tahun dah ready tersengih-sengih. Wajah masing-masing penuh harapan. Kalau tak silap gua, semua dah siap pekena makan nasi beriani mamak sebelum masuk untuk kasi rock yang terbaik itu malam. Semua dah meluap-luap semangat nak mengulangi sesi lompat all-out sepanjang konsert macam konsert kat Stadium Merdeka itu hari. Padeli macam biasa. Sampai lambat. Orang lain nak masuk awal pun tak boleh.
Kami bergerak masuk. Pintu tiket macam gampang. Macam tak biasa buat kerja.
"Peh... Macam Glastonbury!" kata Mael sebaik melihat orang ramai di padang.
Suara Mael dah ketar-ketar. Gua sengih buat-buat rilek. Diiringi lagu Derap Komando di dalam hati masing-masing, kami menyelinap masuk di celah-celah kepadatan orang ramai yang setia menunggu Search muncul di atas pentas.
"Kalau nak bawa makwe, jangan duduk depan. Kat depan ni untuk rockin', bukan romen..." bentak gua dalam hati. Dalam hati je la.
Mana pagar yang agak-agak boleh panjat, kami panjat. Mana brader yang agak-agak boleh makan dia punya rock, kami merusuh masuk.
"Ya, sila bagi laluan kepada mat-mat rock kita...!" ada satu brader kasi gua panas. Nasib baik gua punya tenaga dah banyak habis masa demo ISA pada waktu siangnya. Kalau tak dah lama gua kasi paranawei dalam ramai-ramai orang tu.
Truttt..truttt
Gua dapat satu SMS dari lelaki Ipoh.
'Search dalam bas lagi. Apa cerita ni?'
Gua tengok jam dah hampir 9.30 malam. Celaka apa dalam bas? Bukan sepatutnya diorang dah lama ada di tapak konsert. Duduk dalam khemah VIP. Macam konsert-konsert lain.
Setelah lenguh menunggu, kedua-dua skrin di sisi pentas mula memainkan visual yang menandakan Search sudah bersedia beraksi. Isma Halil pula macam biasa. Konon kasi kutu-kutu rock semua warm up.
Tiba-tiba gua terdengar riff gitar yang memang gua kenal. Bukan Derap Komando seperti yang gua hajatkan. Tapi Panggung Khayalan.
"What the bunyi gampang!!!" serentak kutu-kutu rock Kuala Lipis mencarut.
Bersambung. Gua nak kena teh, dulu.

44 kompelin:
aaaah panjang nya ulasan...
keh simpan baca malam ni
orait !
gua syak salah penganjur ni. lu orang tak demo situ ke?
uiks dah x de orang nak komplen ke? as saya kerja di kementerian kuat komplen malaysia (KKM). . so saya komplen dulu ek. . pon tatau nak komplen pe sebab asek kne komplen. . .
Lamanye tunggu ulasan ni...berdebar2 tau..hmm
komplen la sal konser 2...
lgu pe die men..cte 1 pe1..
iskk tak sabar tunggu sambungan..
ni ulasan konsert rock atau ulasan bolasepak??aku komfius..
start lambat, 1st song blackout, sound mcm haram, crowd tiket murah perangai tak bleh blahh, selection lagu kureeng stim, burger rm5.. ughhh! hah pelagik?
ramai org tak puas hati dgn konsert search.
Tak berbaloi-baloi~
pheewwwweekk!!
Lu memang search tepu....tak rugi kalau amy sponser lu gudang garam dalam masa sebulan...
rock 'n' rolla... wachaaaa!!!!!
cis.dok ralit baca tiba bersambung pulak.
gua dga konsert kt kl x berapa nk puas hati bro..
x mcm kt tempat lain..
ape cte?
huh nasib baik gua pegi tgk kat jengka itu hari puas hati..
aku dah pun delete lagu diorang dari iPod aku...grrrrrr
nasib baik tak tergerak hati langsung nak pegi....
member gua pempuan bertudung comeyh lengan baju never kurang dari pergelangan tangan, bapak dia bawak pergi tengok konsert search itu hari.
esoknya ngadu kat gua sound sistem hampeh.
ish3...
Untung juga mamat GRO Kedai Pulut tu gi yang kat Edisi Konsert Jengka. "Amy nak masuk PAS!" kata dia. Edisi KL ngarut.
gua mmg minat search tp xde laa sampai bersusah payah semata2 nak tgk konsert...baik gua buat konsert sendiri kat bilik air he hehe
pnjg review ko ni pipi...siap de siri.....
butuh lah main sambung-sambung..overrated sgt lu nie!.
Tapi memang ramai betul yang komplen konsert nih. Nasib baik gua dah layan 1st konsert Di Awan Biru kat Seberang Jaya....
main² laaa abg pipi nierk!! main² ..
apa cerita ni PIpi..ade episod2 pulak...aku baru nak baca komen ko..nak compare ngan awan biru JB..
konsert ini kali macam itu konsert FUNFAIR lahh....
memang tak berbaloi....
Salaam semua
Malam tu gua betul frust. Gua pegi jumpa sound engineer dan juga event manager sebab gua kenal mereka. Gua dah bagi sepatah dua. Nasib baik tak ada yang patah gigi....
kutu malaya
ape yang ko mengarut ni...lahabau
semalaman keh duk fikir nasib orang kg aok yang kena lempang sampai lumpuh sebelah badan tu...
deme sekarang apa cerita ?
tunggu aok balik kg kah ?
kahkahkahkah.
Bersalah atau tidak..bukan salah Search pun..at least Kid pengubat keadaan..
gwa angen satu bdn dgn akak seblah gwa...gwa jerit buleh dia pdg irritataing kat gwa...tutup2 tinge....dia igt g musabaqah ke..gwa jerit je makin kuat...sampai dia belah hehehe....
bro, sound indoor ngan outdoor memang tak sama, bro..
tapi sabar jer la..
anyway, organizer konsert dah pulangkan ker speaker peniaga2 kain kat jalan TAR tu?
xo
Awek Manjung
mat rock kena tipu...sedih
konsert kt kl mmg tak best.. sound system cam gampang...tp kat jengka best giler babi..-kaseh
argh nyesalnya! ini mcm kat warp dululah... hancur!
Lu ada benda tak puas hati dgn Padeli yea...
In Malaysia everything is illegal except when Umno farts.
Razak - started racial politics and malay supremacy
Mahathir - started cronyism and corruption and ISA politic
Badawi - started sleeping culture and half pass six nepotism
Najib - start sex and killing politics
UMNO is greed. UMNO is deceit. UMNO is dishonor. You Muhyiddin, you Najib, you Toyo, you Mahathir……….and so many other UMNO gangs have brought dishonor to UMNO and shame to us malays. You dare call Anwar a traitor. Then call me one to.
I hate malay pig so much in my life
If all malay pig jump into sea and all die
This world will become very very beautiful
Yes, the malays are coward - for not being brave enough to reject Umno who will be destroying the country with their kind of dirty and corrupted politic.
Woi cakap bahasa melayu la. Nak kena tendang?
hahaha
ape dah jd komen politik plak ni..mcm gampang..bodo sumbu..kecik2 xnak mampus..
WORLD WILL BE BETTER WITHOUT CHINESE.
DIE LA PIGGY! CHINESE BASTARDS. SHOW UR SELF IF U R NOT COWARD. BASTARD.
Catat Ulasan