04 November 2009

Jimat Hendrik Bermesyuarat Di Ali Kapak Bersama Ahli-ahli Kumpulan Rock-nya.

“Mati-mati aku ingat lagu Final Countdown yang selalu keluar TV masa iklan tu, RTM yang cipta. Rupa-rupanya lagu kumpulan Europe..” kecoh mulut Jaafar yang baru tiba di Warung Ali Kapak sambil tercari-cari kerusi yang kosong. Semua jadi tertumpu ke Jaafar. Baru sampai dah merepek tidak tentu hala. Wajah Jaafar pula nampak lebih cenderung ke tidak mandi.

“Dah berapa lama kau dalam industri rock ni?” sinis pertanyaan Jimat Hendrik.

Jaafar tersengih malu. Boleh tahan kuning giginya. Wong, Kamarulrashid dan Syed Badiozaman mengekek ketawa.

“Kau orang semua tahu apa tujuan kita berkumpul ni?” Jimat Hendrik serius memulakan bicara sambil mengacau gula teh ‘o’ panasnya. Ada khabar angin mengatakan Jimat Hendrik mula meminum teh ‘o’ panas sejak dia terdengar cerita Man Kidal, pemain gitar tangan kidal tersohor itu gemar meminum teh ‘o’ panas. Sebelum ini Jimat Hendrik lebih gemar meminum Nescafe ‘o’ ais.

“Hah apahalnya?” Syed Badiozaman pantas bertanya. Malas dia hendak berteka-teki dengan Jimat Hendrik. Menyampah. Wong, Jaafar dan Kamarulrashid hanya berdiam diri menunggu pengumuman Jimat Hendrik.

Sambil itu anak Ali Kapak yang bekerja separuh masa di warung bapanya terhegeh-hegeh muncul menghantar Milo ais yang dipesan Jaafar. Jaafar hanya berterima kasih di dalam hati. Tak sampai berapa saat sudah setengah Milo ais yang disedutnya. Haus sangat agaknya. Jaafar gigit straw.

“Selumbar akan kembali beraksi..” ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut Jimat Hendrik yang berdagu petak itu sambil membuka lipatan poster pertandingan kugiran Rentak Jaguh peringkat daerah Lipis yang dirembatnya di dinding studio Eddie. Semua berampas-rampas ingin melihat poster itu. Kucar-kacir jadinya. Sementara itu, kenapa mesti menyembur Milo ais dari mulut dan kedua-dua lubang hidung Jaafar?


Bersambung...

14 kompelin:

jude berkata...

first ke?

FIRZA berkata...

Sementara itu, kenapa mesti menyembur Milo ais dari mulut dan kedua-dua lubang hidung Jaafar?

- tengkorok owk.....hakhakhakhak....mmg klako....

Tanpa Nama berkata...

kenapa banyak sgt posting hari ni?

Basuh Baju berkata...

ckp je la jimat hendrik tu adalah pipi..haha

crawai berkata...

Kamarulrashid? Nama paling rock penah aku dengar. Haha..

bigbrother berkata...

tnggu smbungan seterusnye...

Bintang Musim Bunga berkata...

aku tak dapat bayangkan keadaan si jaafar itu tersembur air milo tuh, siapa yg jadi mangsanya?

Mie Master^G berkata...

sib baik menyembur air milo ais...kalau milo panas, haru jugak...

band selumbar? rock nya....

jo berkata...

gigi dah la kuning..minum milo tersembur pula..

maPieCeoFarT berkata...

jimat hendrik eh... so malaysian...

*thanx bro, tlg setelkan kete kitorg yg tlekat dlm lumpur mlm maskara kmarin... siap tlg drivekan smpi atas jln tar lagi... TQ²... terharu... =)

Dari Jalan Kopi berkata...

celaka! kena tunggu lagi. kau mcm bus bee huat. asik kena tunggu nak balik ulu jempol dari gambang!!

Prodigy berkata...

hidup selumbar..hahahaha

oranglidi berkata...

hehe.. sakit jugak hati bile menyangkakan RTM buat klip lagu Final Countdown.

Tanpa Nama berkata...

terharu jugak bila tau bro pp tolong orang

tahniah

**da ckp beliau baik**

Catat Ulasan