Kalau nak diceritakan satu persatu, memang panjang perjalanan kumpulan Selumbar. Berborak dalam kereta dari Kuala Lipis ke Kuala Kubu ikut jalan lama pun belum tentu boleh habis ceritanya. Lagi-lagi yang bawa kereta tu Cikgu Hamidon Wahab yang duduk selang sebuah rumah dengan rumah Jimat Hendrik. Dia pandu kereta cukup perlahan sehingga mengalahkan buldozer. Hari-hari cikgu pencen yang berumur lewat 90-an tu kena hon. Tapi macam itu jugalah dia. Sikit pun tak mencepat. Pernah juga beberapa kali Jimat Hendrik ternampak Cikgu Hamidon Wahab berhenti rehat di bahu jalan kerana kepenatan memandu dari bandar ke rumahnya yang berjarak lebih kurang 5.5 kilometer.
Pada satu petang di mana pada tahun Jimat Hendrik masih bersekolah rendah dan bersuara halus, dia bertandang ke rumah Syed Badiozaman sambil bersiul-siul lagu kegemarannya, Roti Perata. Hajatnya nak mengajak Syed Badiozaman pergi mencari bekalan biji getah. Dia dah hilang sabar melihat Ramli Abidin budak sedarjahnya berlagak dengan biji getah ‘gurkha bertulang double’ di sekolah. Banyak biji getahnya yang sebelum ini juara tumpas apabila berlaga dengan biji getah Ramli Abidin. Tambah terkilan, biji getah ‘harimau kumbang’ yang menjadi kesayangannya turut terkorban di tangan Ramli Abidin.
“Syed Badiozaman..!! Oooo Syed Badiozaman..!!” pekik Jimat Hendrik dari halaman rumah Syed Badiozaman. Bunyi radio dari dalam rumah Syed Badiozaman kuat betul. Jimat Hendrik berteriak lagi cuba mengalahkan bunyi radio.
“Syed Badiozaman..!! Oooooo Syed Badiozaman..!!” keras sikit daripada tadi teriakannya.
Syed Badiozaman yang sejak balik sekolah asyik mendengar radio sampai tak makan nasi tersedar lalu berlari membuka pintu. Dilihatnya Jimat dah berdiri tegak di halaman rumahnya dengan wajah masam seperti meminum cuka.
“Apahalnya Jimat? Panas-panas pakai baju melayu nak pergi mana ni, Jimat?” tanya Syed Badiozaman sambil berlari-lari anak menuruni tangga kayu rumahnya. Tubuh kurus keringnya tidak berbaju. Macam rangka. Itu akibatnya kalau makan nasi pun nak bersuruh.
“Aku baru balik mengajilah. Di sekolah tadi kau kata nak ikut aku pergi kebun getah Singh. Apa pasal kau macam tak bersiap sikit pun?” balas Jimat berkerut dahi. Sambil itu sempat lagi dia menyergah ibu ayam yang sedang mencari makan bersama anak-anaknya. Bagai diserang helang. Bertempiaran lari ayam-ayam itu menyelamatkan diri.
“Eh lupa pula aku. Kau naik dululah ke rumah. Aku tengah dengar radio ni. Abang aku punya kaset. Cuba kau masuk dengar. Sedap betul lagunya.” Syed Badiozaman menarik tangan Jimat Hendrik mengajak masuk ke dalam rumahnya. Jimat Hendrik menurut saja langkah Syed Badiozaman. Tekaknya ada hati juga nak merasa sirap rumah Syed Badiozaman.
Syed Badiozaman dan Jimat Hendrik melangkah masuk ke dalam bilik abang Syed Badiozaman. Lintang-pukang keadaan di dalam bilik itu. Kain baju bersepah, majalah hiburan merata-rata, bekas berisi sisa mee segera dan milo yang dibancuh dua hari lepas pun ada lagi terbiar di atas meja tulis. Entah bila nak dibawa ke dapur. Dalam pada itu, lagu rancak keras kedengaran berkumandang kuat di corong radio. Di sebelah radio di atas lantai, ada satu buku berkulit tebal yang tertulis bait bait ayat seperti lirik lagu dengan tampalan gambar kumpulan-kumpulan pemuda rambut menggerbang dan berpakaian aneh. Jimat Hendrik yang bersila di atas katil abang Syed Badiozaman naik hairan. Risau pun ada.
“Lagu apa kau dengar ni Syed Badiozaman?” tanya Jimat Hendrik berdebar kerana takut berdosa. Syed Badiozaman terhangguk-hangguk kepalanya tak tentu hala. Kalaulah di hadapan orang tua kelakuannya itu, mungkin mudah dia mendapat pengajaran. Nasib baik hanya Jimat yang berada di sampingnya.
“Hah inilah lagu rock, Jimat. Ini memang lagu kegemaran aku sejak semalam. Kau tengok kaset ni, kumpulan Search.” jawab Syed Badiozaman yang masih tak henti-henti hanggukan kepalanya mengikut irama lagu.
Jimat Hendrik merenung kaset di tangannya. Kertas panjang berlipat-lipat di dalam kotak kaset itu diamatinya. Serta-merta timbul perasaan ingin tahu yang mendalam di hatinya.
“Macam mana Jimat? Kau suka tak lagu ni? Kalau kau tak suka, memang kau tak layak jadi pengakap bila dah masuk darjah 4 nanti...”
Jimat Hendrik diam. Mengiyakan tidak, berkata tidak pun tidak.
“Aku nak pinjam kaset ni boleh?” serius pertanyaan Jimat Hendrik.
“Kau ada pemain kaset ke?” tanya Syed Badiozaman pula.
“Eh rumah kau ada sirap tak?” Lagi sekali Jimat Hendrik bertanya serius.
Bersambung...

19 kompelin:
soalan seken tu gila serius. aku baca pon jadi serius secara tiba-tiba.
seken
dah macam novel plak blog lu nih bai...
bai, baik release buku je...
macam aku penah baca cerita ni
rock = rambut mengerbang dan berpakaian aneh
ada part menarik nanti!"!!
celaka - kau jadi bus bee huat lagi.
AIK? BUKAN CITE NI LU PENAH POST DULU?
halahh cepatla sambung!
hahaha aku nk kena sawan sirap nih
kite penah baca ni kat somewhere
ermmmmmmm~
kurius
dah baca ke belum ke...cepat sambung..!!
cilakak pp...entri lame recycle blk je...
(boros hendrik)
lawan biji getah kat sekolah....satu benda nostalgia zaman bebudak....memori kembali..terima kasih kerana mengingatkan aku tentang biji getah...
gua dah boleh agak lu akn kluarkan telenovela pulak lepas ni....
p, wt novel terus r...pnat nk tggu...
t jual kt kinokuniya
hehehehe. kesian cikgu pencen tuh.
hahaha..dengar lagu rock pun berdosa ka???
sejak aku sibuk ngan PSM aku nih....dah lama aku xterhibur mcm lepas aku baca post ko ni pp....mmg sengal r jimat tu....bodo je tnya ada sirap ke x....hahahahaha
“Lagu apa kau dengar ni Syed Badiozaman?” tanya Jimat Hendrik berdebar kerana takut berdosa.
Muahahahhahahaha... gila ahh lawak!!!
Catat Ulasan