04 November 2009

Jimat Hendrik Pergi Ke Bandar Berjumpa Eddie

Setelah berhempas-pulas Jimat Hendrik meminta duit daripada emaknya, dapat juga dia 3 ringgit sebagai bekalan untuk ke bandar. Jimat Hendrik kalau ke bandar memang tak ada kerja lain. Kalau tak ke studio Eddie, dia akan bersidai di Warung Cendol Power Haji Sarip. Ke perpustakaan memang jauh sekali.

“Hah Jimat..” sapa Eddie sambil menggeliat di depan pintu studionya. Jimat yang baru tiba sambil mengepit helmet di pinggang tersengih seraya menjeling perut buncit Eddie yang tersembul keluar. Eddie terperasan jelingan Jimat lantas secepat kilat memberi satu karate pada tengkuk Jimat. Eddie memang kuat bergurau orangnya. Sementara itu di dalam studio kedengaran muzik yang kurang senang di telinga Jimat.

“Band mana main tu abang Eddie?” tanya Jimat terhendap-hendap ke dalam studio Eddie dengan wajah meluat.

“Biasalah Jimat. Band ‘alternatif’ tu lah. Dari tadi entah apa benda butir diorang main. Lagu orang putih memanjang. Sakit telinga aku ni mendengarnya..” jawab Eddie sambil mengikat rambut ‘rock’nya. Dulu rambut Eddie berwarna perang. Masa itu rambut perangnya digunakan sebagai imejnya sebagai penyanyi utama kumpulan Bearded Fox untuk satu pertandingan kugiran peringkat kebangsaan. Masuk TV rambut Eddie itu. Kecoh satu kampung. Kini hanya hujung rambutnya sahaja yang berwarna perang. Macam Musang. Bearded Fox pula saban hari makin tenggelam timbul. Tawaran persembahan untuk majlis kenduri kahwin pun agak kurang sejak islam makin berkembang di Malaysia.

Jimat tersenyum sinis. Dia tahu selera Eddie tak ubah macam seleranya. Selagi bukan rock tulen, mereka akan memandang rendah. Lagi-lagi lagu-lagu inggeris dan lagu-lagu dari seberang. Lembik kata mereka. Tak ada kemajuan. Jangankan muzik, vokalnya saja sudah cukup tewas untuk berlawan dengan vokal idola Jimat Hendrik.

Melihatkan Eddie yang mula tersengih-sengih membaca SMS, Jimat berlegar-legar di ruang menunggu studio Eddie. Sekejap dia mengintai band ‘alternatif’ berlatih, sekejap dia melihat poster-poster zaman muda Eddie yang banyak tertampal di dinding. Bukan main lagi Bearded Fox di zaman rock sedang hebat melanda tanahair. Itu entah kali ke berapa poster-poster itu ditatap. Kemudian dia duduk berehat di atas sofa buruk Eddie sambil menyelak-nyelak majalah-majalah di atas meja kecil di hadapannya.

“Eh Jimat. Kau dah baca poster tu..?” tanya Eddie sambil memuncungkan mulut ke satu poster yang tertampal di cermin pintu studionya.

“Mana? Mana?” Jimat melemparkan majalah Rock Tulen ke atas meja dan bingkas bangun menuju ke luar. Serta-merta berderau darah Jimat Hendrik apabila membaca poster itu.


Bersambung...

10 kompelin:

M.R berkata...

bagus cepat sambungannya.

hazrif berkata...

tgu dgn sabar sambungan.

oranglidi berkata...

WA DAH BACA DEKAT 200 CERITA2 LU TULIS.. BILE DAH BERSAMBUNG TU, LU JARANG BENOR NAK SAMBUNG LAGI. CILAKAK!

bigbrother berkata...

senaseb ngan siri ke bali la ni..
cite bali mane woi???

pungkar berkata...

ntah bro...citer bali bile nak sambung ni...

jo berkata...

hahaha....
byk sgt buat kerja sekerat jalan lu ni pi....

Koyuki berkata...

gua tunggu jgk sampai tumbuh bulu dada ni karang

cite bali cite bali..

Tanpa Nama berkata...

http://www.catcheye.com.my/?r=9670

phish berkata...

hahaha..gampang2...jimat hendrik

hakim berkata...

Tawaran persembahan untuk majlis kenduri kahwin pun agak kurang sejak islam makin berkembang di Malaysia..


hahahahahaha.

Catat Ulasan