Baru-baru ini di Kuala Lipis ada didirikan sebuah kedai mamak. Kedai mamak bernama Alifma itu adalah kedai mamak yang pertama di daerah ini yang menawarkan khidmat permamakan sehari 24 jam. Sebelum ini scene kedai mamak kat Lipis hanya dipelopori oleh kedai member gua, Rapi dan kedai Ali Baja ke Ali Basha. Lebih kurang macam tu la nama dia. Kedai Rapi biasanya buka pagi. Tengah hari tutup. Dalam pukul 4 macam tu baru buka balik sampai lebih kurang pukul 12 malam. Kedai Ali Baja pula buka petang sampai malam sahaja. Sebenarnya ada lagi satu kedai mamak sebelah Hong Kong Bank lama. Tapi kedai tu lagi tak boleh harap. Pukul 6 petang dah tutup. Kadang buka kadang tak buka. Bisnes main main macam orang melayu. Tak ikut perangai mamak. Ada lagi satu Restoran Subah. Oh silap. Itu restoran india. Bulan ramadan boleh laa berebut membeli dengan budak-budak lombong emas.
Sejak mamak Alifma yang berprestij ini datang membuka bisnes di Kuala Lipis, orang Lipis jadi kucar-kacir. Semua berlari pergi kedai mamak Alifma nak kena teh tarik. Dari cerita King Of Drum dan Mael, mamak Alifma tu konsisten penuh orang. Dari pagi sampai ke pagi. Tak pernah susut orang. Sambutannya mengalahkan sambutan Maulidur Rasul. Tambah lagi kedai mamak Alifma ini ada pasang projekter. Macam-macam tayangan gambar ada main. Tak ketinggalan juga tayangan bola. Maka makin selak la orang Lipis. Roti canai rasa selipar pun boleh cakap sedap. Meja-meja tak payah cakap. Habis semua dibawa ke jalan tar. Seronok penguatkuasa Majlis Daerah makan free. Begitulah penangan mamak Alifma yang membawa slogan 'Nasi Beriani nombor satu terbaik dari Pulau Pinang'. Lebih kurang macam itulah katanya di kain rentang.
Tiga minggu selepas beroperasi dengan penuh gilang-gemilang, kini mamak Alifma senyap sunyi. Dah tutup. Dengar cerita 9 orang kena tangkap tak ada permit. Itu belum masuk makcik-makcik repot cakap mamak ada tatu. Keh keh keh. Sekarang orang Lipis dah jadi macam orang Lipis yang asal. Keh keh keh. Tak tahu la kalau ada yang sembahyang hajat minta mamak baru.
Kalau singgah ke Rumah Rehat Lipis yang stail kolonial tu, jangan minum teh tarik situ. RM1.50 satu cawan kecik. Perangai macam ular. Buat teh pakai teh Siam pula tu. Gua tunggu masa je nak mengamuk kat Majlis Daerah.

32 kompelin:
1st.. apa brg layan mamak.. mai ganu kena nasi kuning ar..
Wa rasa sempat jgk mamak ni dpt untung kalu 24jam penuh org kmpg lu duk habih duit kat situ.
3rd?
peh. maka rugilah lipis dengan ketiadaan mamak tu.
bukan senang nak merasa nasik beryani.
mamak yang merosakkan nama Penang. hampeh.
Gua mewakili geng mamak penang mintak maap kat lu dan kutu2 kuala lipis yang sudah termakan kat situ.
Macam biasa, bila dah pemes, ramai mengaku mamak. kat penang, Cina pun mengaku mamak.
kolonial??
rest house lama ar kan??
lama dh xmkn situ.. lepak2 ad la...
heee~
tak style aa kalau takde mamak...rasa macam tak lengkap
lu ader dengar citer, ada kedai mamak uli tepung roti canai pakai kaki?
Hahaha.. kat Marang kampung gua, takde pun mamak mamak. Kalau nak makan nasi beriyani, pergi kedai Melayu pakai kopiah. Restoran maidah. Kalau turun town ngan bapak gua, mesti punya lepak situ..
sempat lu snap gambar mamak tue kan. maybe dia salah sorang yang tak dak permit.
esok nak kena buat teh tarik
aiyook!
tp.... ikan patin kt umah kolonial tuh sedap~
sian mamak...
kopi cawan kecik rm1.50???
dengar pun bulih jadi sirap...
lu ni
dah kata rumah rehat kolonial.
perangai pun macam kolonial kapitalis lah.
lu ni
ekonomi dulu tak amik ek?
lamanya tak balik lepih..tak sempat nk g mamak alifma tu dh tutup....huhuhuhu...rasa2 time balik raya ari tu tak bukak lagi...
ibukota rompin pun mamak lingkup, apatah lagi majlis daerah lipeh.........
cilakak, turun freser hill hari tu gua singgah lipis, pekena teh kat rumah rehat. patut tak sedap, teh siam rupanya!
ko ambil gmbar geng hindfraf mna di pi? aku rasa dorang smua dah kena tahan bawh isa la. ko tgoklah esok, msti dorng bukak bisnes dlm tu.
Mamak lipis kena buat Facebook fan base! Tak pun petition for kedai mamak kat Facebook.
mamak....
mak...
maknyah..
sitamak
apa persamaan antara mereka yer?
dasyat la mamak..
hlg la satu tmpt lepak yg best..hehe
blog yang nice..
teh tarik 1.50 cawan kecik dan tak sedap memang palat....
hahahaha..mamak oh mamak..mam mia tul.
aiseh x sempat rase roti planta
patot la time aq lalu ritu dh tutup kedai tu..
x sempat nk gi,
haiyee
semangat lipis sejati yang tak berkesudahan..
mamak memang terkenal dengan kaki kencing. Konon la muslim, tapi made in india. Dah la sepatah harma tak tu ckap melayu.
kat england tak ada mamak. baru terasa.
ishh!
Catat Ulasan