Sejak meminjam kaset Search dari Syed Badiozaman, Jimat Hendrik makin lain jadinya. Lagu-lagu yang bermain di bibirnya sentiasa tinggi nada vokalnya. Juga keras bunyinya. Makcik Normala S pun naik hairan. Dah lama dia tidak dengar Jimat Hendrik menyanyi lagu-lagu seperti ‘Roti Perata’, ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ dan ‘Aku Burung Tiung’ di rumah. Ada juga Makcik Normala S syak Jimat Henrik bercinta dengan rakan sedarjah. Tapi apa jadah Jimat Hendrik yang baru darjah satu itu sudah pandai main cinta? Tuang air dalam gelas pun tumpah, ada hati nak bercinta.
Yang paling Makcik Normala S pening memikirkan, Jimat Hendrik sudah pandai balik rumah bawa gitar tong. Ini sudah benar-benar serius! Baru 4 hari kenal rock dah beli gitar.
“Gitar siapa kamu bawa balik ni Jimat?”
“Gitar Jimat ni, mak. Baru beli. Ini hobi Jimat yang terbaru mak..” jawab Jimat dengan satu dua petikan gitar penuh syahdu. Matanya dipejamkan sedikit penuh perasaan.
“Siapa kasi duit beli gitar?” tanya Makcik Normala S ingin tahu. Lemah-lembut pertanyaannya.
“Pakai duit tabung betik Jimat..” lagi sekali Jimat jawab dengan iringan muzik akustik. Potensi yang cerah untuk mendapat penampar kalau jawab begitu dengan abahnya, Pakcik Amram.
Lesap RM50 duit tabung betik Jimat Hendrik. Kalau mengikut perancangan asalnya, duit tabung itu dikumpulnya untuk buat tambang melancong ke Disneyland. Tapi sejak kenal rock, terus hilang selera Mickey Mouse Jimat. Dia sudah ada misi lain sekarang.
Bosan memetik gitar, Jimat Hendrik mendapat satu ilham. Dia teringat kaset Wings yang baru dibelinya. Orang kata sedap. Kebetulan hari ini abahnya tiada di rumah. Kata Makcik Normala S, Pakcik Amram pergi berkursus di Pulau Tioman. 3 hari lagi baru balik. Hairan juga Jimat Hendrik. Apa kena mengena JKR Lipis dengan Pulau Tioman?
“Mana kunci kereta abah, mak?”

34 kompelin:
terfirst la pulak...
keh keh keh...
lu buat2 lupa citer lama yer..
dah boleh jadi telenovela nih...hik3
Kesah attacking midfielder si Baharom bin Bahari itu apa cerita?
mintak kunci kereta tu nk dgr kaset la kan
heheh..rock gigit
eh ni bukan cerita ulangan ke
hehehehe..
Jimat pun layan Wings?? Lagu Taman Rasyidah Utama ke?
sanggup pecah tabung beli gitar tu.. giler rock..
ayat last. memang climax!
aku harap jimat tak jadik macam BORHAN.
hahaha
cerita diri sendiri memang panjang kan Pi?
terbaek la lu bro!
ini mesti kes nak dengar lagu dalam keter la nih.
hoh. ni bukan dari blog javis kooker.
kahkah.. apa kena mengena jkr lipis ngan pulau tioman??? terbaeekk...
darjah 1 takkan beli gitar dah?
kirim salam abang jimat... kalau nk pinjam radio bole la dtg umh
gua rs gua taw ke mana cte ni nak pgk...hahahhaa..
apsal macam pernah baca je ni
cerita ko pegi bali xabis ag ne bro....
aku blur..
ni mcm dh xde sambungan je...
xde tulis bersambung pun..
sah2 sekerat jalan cam biasa gak ni...
nasib baik tak minat drum..
perangai mcm leonardo da vinci.kalo italian tuh melukih x pernah abih,ko plak menulis x penah tamat.ko menaip tgn kiri ke pp?
mmg dah agak.
JarvisKoker tu lu gak!
ahahhaha
salam brader, ana nk tnya kisah anta pergi bali tu dah habis ke..?
knapa xde klimaks..?
tuang air dlm gelas pn tumpah,
ade heart nk bercinta ye x.
kah3.
pergh,aku tahap teringat siot time memule angkat kaset..kaset first,butterfinger 1.2 milligram..curik bateri touchlight bapak aku wat dgr kt walkman gabak gampang tyme tue..haha
bila nk smbung ni..berbulu gua tggu......
http://www.mmail.com.my/content/pulp-friction-mat-som-flesh
kontrobesi jugak lu ni
Encik pipi, kami mahu banyak lagi sambungan cerita Jimat Hendrik nih... Sila menurut perintah~!
Tuang air dalam gelas pun tumpah, ada hati nak bercinta.
haha
sambungan lagi ke brader..cerita smart je gaye..
http://herowayanggelap.blogspot.com/
hahaha
lucu tu si Jimat tu
Catat Ulasan