22 Disember 2009

Pengalaman Merakam Lagu

Eddai (duduk) di samping komputer yang penuh lagu-lagu rakaman dan porno. Di penjuru bawah kanan gambar ada kutu tengah terbaring.

Dekat 4 hari gua lepak Bentong. Terhiling hiling dalam studio Eddai. Eddai merupakan jurutera bunyi untuk proses rakaman demo Primary iaitu sebuah band yang gua tak tahu nak cakap main macam mana. Keseluruhannya mungkin banyak pengaruh The Cure dan Pulp. Kredibiliti Eddai memang gua tak ragui berdasarkan sejak sekolah menengah dulu dia dah ada gitar karan sendiri cap Aria Pro hadiah daripada orang tuanya. Tapi itu semua tak menghalang untuk dia terjebak ponteng sekolah lepak lombong sama Badushah. SPM terus barai. Masa UPSR, dia dengan gua dapat 4A. Bukan main lagi pakai smart smart bergambar depan pejabat pendidikan daerah untuk surat khabar Didik. Padahal bila keluar, gambar besar kepala mancis. Sia sia gua pakai Belkrim dua cedok.

Selama beberapa hari di studio Eddai, gua, Mael, Born, Keling dan Os sempat rakam 3 lagu gubahan sendiri secara trek bai trek orang kata. Rakaman jenis ini memang berdebar sikit. Kena pakai metronome bunyi tit tit tit. Lepas tu gilir-gilir masuk studio. Dengan Fury dulu lain pasal banyak rakam live dan cuma buat trek bai trek runcit runcit. Kadang-kadang dia punya berdebar sama level macam ambil ujian penilaian asas fardu ain. Apa pun berdebar nak kena sunat masa darjah 5 kat Kampung Berchang dulu tetap level paling tinggi dalam senarai berdebar gua.

Mael gua tengok memang kerja keras sepanjang sesi merakam. Berpandukan panduan dan metronome yang kadang kadang tak sekata, 2 hari baru siap trek untuk dram. Dengan mata lagi kena ketumbit, bunyi metronome dah tak boleh ejas kasi lagi kuat, hari hari makan pula makanan mamak tak berkhasiat, mungkin ini satu pengalaman ngeri baginya. Nasib baik Mael tak putus asa sampai ke hari terakhir. Bila check balik rupanya memang ada satu lagu tu tempo metronome dia lagi laju dari main live. Main live pun dah laju, lagi mahu kasi laju untuk rekod. Gua tengok Mael pandang tukang buat panduan, Keling yang sedang terkangkang tidur dengan wajah yang sayu. Dalam hal ni, Eddai memang champion dalam potong dan sambung bunyi dram.

"Amacam?" tanya Eddai.

"Amacam apa?" tanya gua dan Mael semula.

"Deme dengor ni. Macam tak sambung!!!" eksyen Eddai sambil mata dah kecil berkelip kelip.

Trek untuk gua bermula lepas siap rakaman trek Mael. Sebelum masuk studio Eddai, gua memang dah stenbai dengan banyak perkara. Paling utama sekali, gua dah gosok tali bass gua dengan Autosoil dibantu perca kain seluar jeans. Nak beli tali bass baru gua ingat dekat RM100. Parak dah tu. Nasib baik gua jumpa Autosoil atas almari kat rumah gua. Autosoil tu kalau tak silap, abang gua beli untuk kilat dulang tembaga buat pergi menurun nombor ekor. Boleh tahan kilat tali bass gua lepas tu. Tapi kalau lepas main nak makan nasi, kena basuh tangan la sebab tangan jadi serupa buat kerja pomen.

Dua tiga kali juga gua rakam trek gua. Semua hancur walaupun gua dah reka stail main yang paling sayur. Eddai tersengih-sengih dalam bilik jurutera dia sambil dengar tempo berterabur gua. Kalau ikut hati, gua dah nak upah Jay jay suruh main trek gua. Tapi tak jadi sebab duit gua tinggal 13 ringgit.

Dari segi fundamental muzik, gua dapat rasakan memang banyak kelemahan gua dan kutu-kutu lain untuk sesi rakaman ni. Tapi kalau tak cuba buat, mana nak ada pengalaman begini. Benda-benda macam penggunaan gajet efek yang tak tentu hala, rakaman vokal dan permainan instrumen yang dibuat bertampal potong dan sambung, main tak baca bismillah, terbaring atas katil lipat askar, makan nasi goreng telur mata memang berleluasa. Kalau Ameng Spring tengok, memang dia akan cakap band 'indie' sekarang tak ada kualiti. Sebab tak ada susah payah sangat macam rakaman zaman depa dulu. Tapi Ameng Spring tu ada buat lagu sendiri? Ada tulis lirik sendiri? Ada buat riff gitar sendiri? Balik balik M Nasir. Balik balik Eddie Hamid.

Kalau itu macam, tak artis langsung la penyanyi macam Ameng Spring. Artis lagi pelukis, penulis dan tukang buat rehal untuk letak mukadam.

Kalau tak ada aral melintang, gua ingat tahun depan gua dah boleh kasi dengar lagu bertajuk Padeli Penggoda, Bibir Ceri Melati dan Tengah Malam di Kuala Lipis dalam demo ni.


“Saya berjumpa dengan M. Nasir sewaktu majlis persandingan Mawi tahun lalu dan saya memberanikan diri untuk meminta lagu daripadanya..."
Ameng Spring.

25 kompelin:

Koyuki berkata...

tajuk lagu memang boleh jual tu

bali hambali berkata...

ramai2 tgok porno?

nazrihashim berkata...

Saya berjumpa dengan M. Nasir sewaktu majlis persandingan Mawi tahun lalu dan saya memberanikan diri untuk meminta lagu daripadanya..." Ameng Spring

haha...tak boleh blah...

nanti nak jual, simpankan kat gua satu.

gunx berkata...

woi...nak bikin poster dok utk kulit album ?

Mr feckry berkata...

nak pakai vokalis tak..gua selalu karok ni.

joegrimjow berkata...

nak beli nak beli

UglyPooh berkata...

hmm...padeli penggoda tu gaya cam sedap je lagu dia kan pp

jo berkata...

tak pernah pulak aku dengar kejuruteraan muzik..

ateeka amer berkata...

nanti lu dah nikah lu tau la debarnya camni. mengatasi debar masa nak bersunat.

j or ji berkata...

padeli penggoda tu kira killer song la tu..kasi keluar single dia dulu.

joe [budakblink] berkata...

bebulu tol ko ngan ameng spring

mizu_sama berkata...

bro..lepak bentong ke?area mana?

Fatin Aliyya berkata...

haha.lawak btl entry ni.:)

jumari jipan berkata...

kah3..

Cik Biol berkata...

bkn ameng spring tu ade nyanyi lagu mnasir buat ke haha sampai hati wakaka

avid gunner berkata...

hahaha...gua harap lagu padeli penggoda tu jadi single album kome...mana nak dengar demo?

Bukan Sepet berkata...

Usaha tangga kejayaan, demikian moto sekolah rendah aku dulu.

Syabas.

Tapi kalau tak berjaya, jaya jayakanlah, menziarah rumah org kahwin slalu. Kut nasib baik, leh jumpa MNasir. Ahmad Nawab dah tak berapa happening ler pulak.

Mana tau, rezeki...

Remy berkata...

tuh kalau tutup muka tu,
mau org keliru,amy search kee hail amer..??

Ilmapung berkata...

ahh.. malas aku nk bc sampai abis. aku baca sampai part ko lepak bentong tuh je.. apsal tk bg tau?

reramarama berkata...

nanti cover album, jangan lupa letak sticker HOT di nama kome ye pipi! hahahahhahaaa......

AjuA berkata...

tu studio ke umah setinggan? takde kotak telo pun.

Crew.kalabumalami berkata...

patut sungguh ameng spring kena.salut

abuyusof berkata...

semua orang nak jadi recording artist kat malaya ni.. aok jgk ke.. astarghfirullah..

pisey berkata...

pipi semak orh!

Zaini berkata...

"..dan tukang buat rehal untuk letak mukadam."


biadap betul sedapnya yg ni.

Catat Ulasan