12 Disember 2009

Pengalaman Saya Membasuh Baju Yang Lalu

Pada satu hari yang nyaman, gua tengok tempat sangkut baju gua dah tak berapa ada banyak baju. Yang tinggal hanya baju melayu, baju kemeja, singlet Search, tali pinggang dan baju orang datang tertinggal lepas tu tak reti nak ambil semula. Hati gua jadi berbelah bahagi. Nak buat tatu satu badan, takut berdosa. Dalam masa yang sama, kipas berpusing pada kelajuan 5 menyebabkan mata gua tidak boleh dibuka dengan begitu baik.

"Tak boleh jadi ni..." kata gua dalam hati.

Gua kutip baju kotor lebih kurang sepemeluk dalam bakul dan bergegas ke mesin basuh. Setibanya di mesin basuh, kelihatan seorang lelaki bermata satu sedang berdiri di atas mesin basuh yang gua rembat bawa dari kampung tahun lepas. Tubuh yang besar di atas mesin basuh yang lemah. Serta-merta gua menjadi berang.

"Pergi kau dari sini, lelaki mata satu!" maki gua kepada lelaki yang mempunyai wajah mirip Ashraf Sinclair itu.

Lelaki itu buat tak tahu sambil mencungkil plak pada gigi. Tindakan yang kurang bijak. Sepantas helang gua menyambar leher lelaki itu dan mencekiknya dengan sangat kuat. Lelaki itu hilang keseimbangan lalu terjerumus ke dalam pasir jerlus bersebelahan dengan mesin basuh. Walaubagaimana pun leher lelaki itu masih kemas di tangan gua.

"Kedai dobi mana yang hantar kau ke sini?" jerit gua di tepi telinga lelaki bermata satu itu. Pasir jerlus nampaknya sudah menelan sehingga ke paras pinggangnya. Wajahnya mula cemas cemas Padeli tetapi masih berkeras tidak mahu menjawab.

"Baik kau cakap. Kedai dobi mana yang hantar kau ke sini?" gua mengulangi pertanyaan seraya mencekik lehernya setingkat lebih keras.

"Kedai Dobi Al-Masnawi..." jawab lelaki itu dengan suara tersekat-sekat.

"Bumiputera?" tanya gua lagi.

Lelaki bermata satu itu mengangguk perlahan. Gua senyum nipis.

Tidak lama, sayup-sayup kedengaran suara lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah agama tangga dari dalam pasir jerlus.

"Tiada tuhan lain yang disembah melainkan tangga dan usaha itu tangga kejayaan..."

Gua menggeleng kepala sambil beristighfar panjang.

Tiba-tiba gua terdengar pintu rumah gua dibuka. Lelaki Ipoh telah pulang dari tempat kerja rupanya. Di tangan Lelaki Ipoh terdapat seplastik besar baju berbau sabun kedai dobi dari jenis lemon. Di bahunya tersangkut beberapa helai kemeja kerjanya yang juga berbau sabun dobi yang sama. Gua senyum nipis.

Selesai memandang Lelaki Ipoh, sepemeluk baju kotor tadi gua masukkan ke dalam mesin basuh. Kemudian gua tala getah paip dan mengisi air sehingga ke paras maksimum. Selepas itu gua masukkan pula serbuk pencuci Briz sebanyak 250 mililiter. Gua pulas pemasa dan tetapkan pada kadar 45 minit. Mesin basuh gua mula beroperasi rancak seperti show KRU. Bunyinya juga agak garang. Sesuai sekali dengan nama timangannya, Ramzul.

'Grrr...grrraaaa...grrraaaa...grrrrffghh'

***

Masa berlalu begitu pantas. Lepas dua tiga kali berulang alik mesin basuh-bilik, mesin basuh-bilik, akhirnya baju gua dah siap 'spin'. Kini tiba masanya untuk gua pergi menyidai baju. Sebelum ke mesin basuh, gua capai mana-mana hanger yang tak ada kerja di tempat sangkut baju dalam bilik gua. Sengaja gua ambil banyak. Tapi tak tahulah cukup ke tak cukup. Kalau tak cukup maknanya gua kena patah balik ambil lagi. Leceh juga dua kali kerja ni. Masa tu fikiran gua melayang teringatkan tiang besi ampaian belakang rumah gua di kampung. Ampaian tu tak payah pakai hanger. Bentang saja baju luas luas, sidai atas dawai.

Gua terdiam merenung batang penyapu di satu sudut penjuru dapur.

Sehelai demi sehelai baju gua hanger-kan dan sangkut pada batang penyapu. Boleh tahan juga padat baju gua pada batang itu. Jarak kelegaannya boleh dikatakan agak nipis. Mungkin dalam lingkungan 0.5 sentimeter.

Nak dijadikan cerita, hanger tinggal lagi sebatang. Gua mula berdebar dan dihujani persoalan sendiri yang menyebabkan benak gua buntu. Itu jam tanpa membuang masa, gua jenguk kepala ke tempat 'spin' dan tarik baki baju dalam tu.

"Peh...!!! Ngam ngam!" jerit gua girang dan berseluar bola.

Gua nampak brader rumah seberang intai gua dari tingkap macam tak puas hati. Macam nak hantar hantu hanger.

32 kompelin:

namakasiklainkalibolehtak berkata...

hehe

fatyn berkata...

cuci baju pon cerita santai. =)

akulafix berkata...

teringat kisah patahkan hanger buat chopstik mkn megi.

saba berkata...

Santai.. sempoi..

nurafiqahmohamadadnan berkata...

rajin ohh basuh baju sndri ;D

Mohd Muzamel Zainal berkata...

ok lagi, baru sepemeluk..

noor afzan berkata...

keh2..
ado juga yang nak ngaco yer..

Kuwe berkata...

usaha dan tangga.
tangga dan usaha.

spesis ayah pin jugok.paleolitik paleolitik..

Basuh Baju berkata...

apsal citer psl gua? haha

GhOsToNe berkata...

hehehehe...

mental!

jumari jipan berkata...

adegan kt kedai dobi tuh mcm dlm citer ninja assassin la.. hahah

Fendy berkata...

cite ni ada sambungan lagi ke?

hajarr berkata...

gile ah, mmg letup, hal nye basuh baju je yop.

Alien.Gory berkata...

suh budak dorm basuh sudah la...bukannya bonda ngan cikgu mat yu tau pun. kalo die nak jipang, lu anta la antu.

Koyuki berkata...

kahkahkah
rajin juga

FIRZA berkata...

Bunyinya juga agak garang. Sesuai sekali dengan nama timangannya, Ramzul.

'Grrr...grrraaaa...grrraaaa...grrrrffghh'

cam cilake.....haduyaiii....

gagap berkata...

kalau gua hantar lagi sepemeluk bagi Ramzul ok tak?

hans berkata...

hahahaha
tergelak aku baca entry ni
nama mesin basuh yg unik -> ramzul

pisey berkata...

hantu hanger datang tak?

Anarm berkata...

adoii.. senak perut aku dok gelak.. mulut pn dh lenguh gelak sambil mkn megi..

StingRay berkata...

agama tangga...

macam setan.haha

NaGih@ berkata...

species cam aku gak nih simpan baju sampai sepemeluk.

Corey berkata...

Awek lu mana ? Suruh basuh baju la kalau berani mengaku awek mithali....

Im Single berkata...

gua sidai bawah tangga. malas gaduh ngn jiran sebelah. nak sidai seluar kecik, diorg ade anak dara.

MagnusCaleb berkata...

"Sesuai sekali dengan nama timangannya, Ramzul"

spot on dude :)

nadsisegan berkata...

haha hantu hanger??ramzul??=D

kringet berkata...

cemas cemas padeli??

padeli gak jadi lauk lu...

Rahsia berkata...

basuh baju pun nak bising. perangai macam orang asli betul la.

Tanpa Nama berkata...

berlawan dengan nafsu nak hantar baju ke kedai dobi?

nani berkata...

saya peminat abang...ops!!

diDEN™ berkata...

basuh baju je yop, hehe

[From diDEN]

puding roti berkata...

hihi. yg last2 mmg berdebar.. sempoi..hee

Catat Ulasan