03 Januari 2010

2010 Bahagian 2

Tahun 2010 ni gua ingat nak perlahan sikit tulis blog. Kalau boleh setahun dalam 2-3 entri besar besar tapak tangan. Gua nak lebih prolifik dalam hal-hal lain pula. Kalau mengikut perancangan gua, dalam suku pertama tahun ni gua nak keluarkan sebuah buku cerita. Buku cerita tentang seorang remaja yang kecewa dalam bidang seni suara dan berlatih main bola betul-betul sampai ke Italy. Di Italy, dia bertemu Roberto Baggio dan seterusnya bekerjasama membuka perniagaan repair seluar jeans. Gua harap buku cerita ni laku sampai gua boleh beli gitar bass Thunderbird dua biji. Sebiji untuk buat main, sebiji lagi untuk buat berlagak bawa berjalan pusing bandar.

Selari dengan perancangan gua itu, tahun 2010 ni gua memang tak kerja. Gua dah bosan kerja. Dah berapa tahun gua kerja. Satu Ferarri pun tak dapat. Kerja ni sebenarnya propaganda orang barat yang bertujuan untuk melemahkan mental dan fizikal orang melayu. Selepas itu mereka bina Disneyland untuk berseronok. Orang Jepun pula mencipta kerja dan menyebarkan bagi mengaut keuntungan dari orang negara dunia ketiga macam kita melalui penjualan jam loceng. Gua tahu, tak ramai yang sedar perkara ni. Ini disebabkan orang barat, orang Jepun, orang benua Amerika awal-awal lagi dah mencipta TV. Kemudian mereka meletakkan pula ejen mereka di seluruh dunia untuk menghasilkan peraduan menyanyi. Satu konspirasi yang sangat besar.

Tahun 2010 ni juga gua dapat katil tingkat atas. Budak-budak bilik gua semua baru habis SPM. Kalau ada yang shuffle depan gua, gua tendang perut kuat kuat kat situ juga.

37 kompelin:

maEL berkata...

cilake, nombor pertama..

bangun subuh lu ye..

maEL berkata...

budok universiti..kehkehkeh..

Redz da Tsar berkata...

Haha.. teori jepun dan jam loceng serta omputih dan kerja ko memang takleh bla...

rakyat malaysia berkata...

aku suka.pas subuh trus ade entry.warden kejut ke?

Bogus berkata...

bai...kerja dengan gua laa...buat baju...amacam ??

pakkordi berkata...

Shuffle memang sejenis tarian yang tak berjenis.

Remy berkata...

tendang jee perot mereka-mereka yang shuffle tuu..haahaahaa..=)

Koyuki berkata...

belajar rajin2..
aha..bangun subuh tu ciri2 penting untuk jadi pelajar

ezzati berkata...

aku ingat ko ada tips nak kaya tanpa keje...cis

terrarosa berkata...

dan dengan duit orang bekerja itulah ,aok dapat katil tingkat atas !

peh... aok memang bijak mengatur strategi , mengalahkan konspirasi Barat + Timur.

aok ni siapa sebenarnya ?

marini rafar berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
encik ariff berkata...

haha.
entah2 lu pn shafel skali.

Izzy berkata...

kahkahkah, aok msuk unibesiti mne?

Kuwe berkata...

ni lah peel bila dah tua tua nk belajar lagi.

komrad berkata...

bile nk bisnes jual megi letak depan bilik?

Cik Biol berkata...

keje nk dpt ferarri??
ko try join jual dadah ke hape
boleh kot wakaka

Critical SeaChild berkata...

hahaha... falsafah yang menarik tentang kerja. setelah tujuh tahun gua kerja... gua rasa gua pun boleh turut terpengaruh dengan falsafah lu ttg kerja...

Azri Rotten berkata...

kalau ade yg 2-step?

Robeto berkata...

Hahaha..nasib baik ade sorng je orng macm ko kat dlm malaysia ni pipi.
Patut ah ko lahir kt hulu pahang dei !

Mr feckry berkata...

gua tunggu cerita lu.cambest je story tu

Cik Zura berkata...

cerita yang lu bikin tuh mesti hebat. gua nak beli. baik lu betul2 buat.

Tanpa Nama berkata...

apa pun lu buat, lu memang ibarat lilin yg membakar diri menerangi hati gundah gulana gua yg sedang berkira-kira untuk berenti kerja opis dan kembali semula ke alam aktiviti lain yg lagi bebas. terima kasih, pp.

biztoone berkata...

hahah cam haram...

Ilmapung berkata...

Pipi aku nk komen baik punya..
"selamat menempuh alam baru"

iyan berkata...

aok belajar mn pulak nih?

marini rafar berkata...

p.s: jangan lupa pesan kat budak katil bawah, tidur jangan goyang2 katil.

FreDDy O7ermars™ berkata...

entry rare pasal roberto baggio ni gua belum publish lagi..maseh ada dlm draft..gua syak ada sama sket dengan apa yg lu cerita dlm entry nih

err apa2 pon itu novel baharom kasi siap cepat sket..sebelum worldcup kalu jual mesti cecah 100000 naskah nih he he

Corey berkata...

Tak keje? Bagi tips sikit macamana nak survive tanpa keje?

..nOj.. berkata...

gud luck... blajo molek deh

AkuBukanSOFIAJANE berkata...

suke lu =)

Tanpa Nama berkata...

Gua ingat lu jadi hos rancangan 'terjah' semalam..

razifmustapha berkata...

jadik IPT man, bleh join padeli. Sembang2 fakulti

UglyPooh berkata...

gud luck pipi ;-)

maya_listriks berkata...

ko baru lepasan SPM ke bro..

Rahsia berkata...

kahkahkah! dapat katil atas. tak brader langsung. tengok aku. tak dapat bilik langsung. jalan jalan tengok2 ada bilik kosong tak berkunci. masuk je. baru lah abang abang. nametag kau mesti besar gila kaler warna warni. tak senonoh

gua berkata...

situasi lu macam citer jepun My Boss My Hero.. ketua samseng yang kena sambung belajar untuk jadi hebat.. lu kena menyamar jadi budak lepasan spm gak la p. karang sikat rambut belah tengah ar p baru skema..

Azmi berkata...

alo bro...ko nie bole lagi blajar ker??aku rase otak ko dah karat gler...buat abis duit makbapak jer koni...

Catat Ulasan