06 Januari 2010

2010 - Tahun Untuk Gua Membelakang Kirakan Rock

Hari ni gua lari sekejap dari universiti pasal ini hari gua tak ada kelas. Baru 2 hari belajar, boleh tahan barai juga gua ni rupanya. Cari kelas pun tak jumpa. Gua usha juga paip bomba kot kot ada peta. Tak ada. Lagi satu gua tak faham apa jadah pun tentang credit hour, contact hour, rush hour. Gua rasa pasang timing belt Proton Saga lagi kacang. Masuk bearing, pasang timing belt baru, lari sikit dalam 3 gigi... Pap! lepas bearing. Lepas tu ikat skru. Kalau pakai spanar saja, libas spanar pakai kayu sedang sedang. Asap rokok masuk mata pun boleh buat lagi. Tapi buat kerja berat ni kalau boleh biar senafas. Kalau tak senafas, payah. Itu yang body besar pun tak guna kalau sekali hayun cangkul, tarik nafas berbelas kali. Sama juga macam bertumbuk.

Mengenai hal bertumbuk, tadi gua ada terserempak dengan musuh ketat gua masa tingkatan dua dulu. Itu jam gua punya dendam lama menaik. Nasib baik gua tengah makan ayam tandori. Mamat tu betul-betul duduk meja depan gua. Kalau gua attack secara solo tadi, ada kemungkinan juga belakang gua kena besi tandori. Mamat tu duduk minum bertiga. Tangan gua dah capai telefon nak tekan nombor Anep Skoin sebagai unit sokongan. Tapi bila gua fikir balik, leceh juga sakit sakit badan ni. Lagi pun nanti tak selesa pula orang lain nak makan ayam tandori sambil meja terbalik. Anep Skoin dah tentu time tu sibuk cari rezeki buat wiring lori atau tipu GPS lori untuk rembat petrol satu tangki. Tak habis habis nak gengster. Resume kerja ejas Rochang Noor juga suruh taip.

Berbalik kepada hal pelajaran, kelas gua ada sembilan orang. 8 orang makwe. Gua seorang laki-laki. Benda-benda macam ni yang gua tak berkenan. Kalau gua hilang, tak ke senang kena kesan? Makwe makwe pula jenis baru habis sekolah. Jenis sibuk buat biodata nak kasi kat pakwe lukis gambar pokok kelapa laut. Pakwe dah tentu jenis islamik nasyid kontemporari kolar baju berdaki. Yang ranggi sikit, jenis indie Myspace Kami Meet Haji Husin henset banyak lagu. Gua pun tak tahu nak borak apa. Kalau gua sembang hal Chuck Norris, takut budak-budak tu tak masuk. Gua nak sembang pasal Tawil Prebet Lapuk, takut budak-budak tu tak tengok lagi itu gambar. Jadi gua banyak duduk diam sambil usha aircond. Di sanubari gua, terfikir juga kalau gua SPM dulu kerja keras macam Amalina, dah tentu gua belajar tinggi sampai ke Las Vegas dan jadi jurutera atap Burj Dubai. Satu hal lagi, lu tahu tak siapa pensyarah kelas pertama gua isnin baru ni? Kucar kacir juga gua buat muka pengurus bank depan makwe main gitar Maskara itu hari tu.

Tentang isu semasa gua banyak juga ambil tahu sejak akhir-akhir ni. Akses internet yang tak disediakan di kepala katil gua menyebabkan gua jadi banyak membaca surat khabar. Ada satu kedai tu memang dah tahu nak buat kerja bila gua sampai. Tak dan berapa minit, teh tarik satu sama surat khabar dua ada atas meja gua. Yang tak sedapnya kedai tu beli surat khabar Metro. Berita merepek. Cerita orang makan nasi lauk 3 jenis pun boleh jadi isu. Itu belum masuk bab orang bercerai dan muka Doktor Rozmey. Astaghfirullah...

Gua ambil keputusan kosentret baca bab sukan. Tapi bab sukan ni pun dah jadi hal sekarang. Ini semua pasal skuad bola yang menang pingat emas Sukan SEA baru baru ini. Ada ke patut nak hantar 30 orang tu pergi Eropah? Akai ada ka? Roy Keane dulu masa duduk kampung kat Cork, dia tulis surat rasmi sendiri minta buat trial seminggu kat kelab-kelab inggeris. Itu pun dia hantar surat kat kelab bengap-bengap. Semua kena rijek. Tapi sebab tak putus asa, Nottingham Forest kasi can. Berterabur dia cari duit beli tiket keretapi. Budak budak bola yang umur dah atas 20 tu berdikari la sikit. Ini karang berapa banyak duit kerajaan nak kena keluar hantar pergi Eropah? Duit tu baik bagi kat adik adik bola yang baru darjah 4, darjah 5 dan darjah 6. Buat liga budak-budak yang steady sikit yang satu pasukan lalu perlawanan sampai 30 kali setahun. Bab belajar tak payah berkira sangat. Pemain-pemain Pahang yang main bola serupa gampang tu suruh ambil sijil jurulatih ajar budak-budak sekolah rendah. Asas mesti mahu kuat. Baru laa budak-budak ni bila umur 16 dah boleh main macam brader brader. Ah benda-benda macam ni pun gua nak kena tolong fikir. Credit hour pun tak tahu lagi ni. Celaka.

46 kompelin:

Bogus berkata...

tanya laa pakcik google credit hour tu apa...

paper pun gua doakan lu cepat bertemu jodoh...hik3

fndrocka berkata...

esok dah boleh start ponteng

zahirlunatik berkata...

jgn kata wani ardy pensyarah yg dimaksudkan

gua berkata...

lu angkat kursus menjahit ka p. semua pompuan ja kat klas tu.

Shahrul Maizam berkata...

lu sambung medic ke kursus menaip wey?

Koyuki berkata...

bagus juga baca paper
gua jenis tak baca langsung
apa cerita
heh~

Coffeeholic berkata...

sabar. kejap aje tu. lame2 ok. sem ni plak gua extend. kalo tak boleh geng. buat balas budi lu alih kete gua time maskara rituh.

lu dtg n balik kelas aje. tp bersosial lain2. malam2 hari2 ade free muvie kat pancha.

go go go!
you can do it!:)

R.K berkata...

nak maki awal pun bende tak jalan lagi . simpan rekod sapa terlibat .. 2 tahun tak oke , maki la suruh letak jawatan . suruh sultan bola letak jawatan .

credit hour tu macam kad yang orang pakai mase shopping tapi tak bawak duit , kan ?

marini rafar berkata...

apa guna ada makwe tak nak tanya apa credit hour. ;p

Tok Rimau berkata...

Orang bagi orientasi camna kira Credit Hour, ko melepak kat Pelita. Macam mana nak pandai ni?

Kirim salam sama cikgu kau.

Jasni™ berkata...

ko belaja kat mane skang ni setan?

Tanpa Nama berkata...

haha yang ini mmg kelakar..dah lama tak baca entry lu yg btol2 kelakar selalunya mcm ngengada je..

nazrihashim berkata...

gua rasa leeds utd pon tanak kat player bwah 23 tu kan..lagila lepas dorang kalahkan MU.huh

*Sarah is the One berkata...

selamat maju jaya lah p

Kehelan berkata...

aku pun tak setju nk anto pasukan bola pi luar negara... baik laa duit tuh bg biasiswa kat budak2...

StingRay berkata...

kalau pointer ko 4.0....ko kontek aku.

Aku blanja ko makan sampai muntah.Kedai mamak je lah.

Rokok tak termasuk.

Wolfis Black berkata...

hahaha..ini mesti kes pernah nak ngorat pensayarah sendiri nih.

oranglidi berkata...

babi, dah jadi budak unibersiti macam Born lah lu ni..

kredit hour tu macam kredit prepaid la.

fikiranlicin berkata...

credit hour, lu utang bank mana?

dulu aku Nora berkata...

musti awek2 tu x masyuk

crazy_labelle berkata...

setiap subjek ade credit hour...
kire mcm berat subjek tu la...
ia biasanya menentukan bape jam kelas utk subjek tu dlm seminggu...

setiap semester ada limit minimum n maximum bape kredit lu nak amek...

nnti kire gpa / cgpa pon pakai kredit hour ni jgak...

http://www.thefreedictionary.com/credit+hour
http://en.wikipedia.org/wiki/Course_credit

jo berkata...

hahaha...masaklah lu lepas ni. kena sembang benda-benda keremajaan saja la..

komrad berkata...

blaja shuffle la wei..
baru masuk kepale...
kah3...

Corey berkata...

Merujuk pada timing posting lu...gua rasa lu baru habis solat tahajud ni...rilek bro.Lu tanya je makwe berlapan tu apekebendanya kredit hour tu...tak pun tanya pensyarah lu terus...lagi mesra

chegu izwan berkata...

ok la tu masuk universiti.malam2 boleh lepak kat pusat budaya.bincang pasal assignment, takpun usha2 awek teater tengah berlakon. untung2 lepas kuar u leh kawen dengan budak teater. lu jugak tumpang glamer. jangan sampai kantoi masuk aliran kemahiran sudahla. jenuh gak gua nak ajar orang2 tua macam lu.

terrarosa berkata...

Doktor Rozmey ?
kikikiiiii BOSS... kikikiii... GELAP... kikikiii...
KEH ....kikikiiiii...

adeh.
Astaghfirullah.
Maaf di atas ketidaksempurnaan dan kekayaan beliau.

kikikii...

Knicher Sc. berkata...

bersungguh-sungguh terang pasal credit hour. baju batik jangan buang. buat pakai outing.

Hfz A. berkata...

setan betul post kau yang ni.
salute byk2.

Bukan Sepet berkata...

Aku pun takjub!

Sama betul otak ko ngan aku. Terutama tang Dr. Rozmey tu. Muahahaha!

Tang bola tu pun aku takjub. Sungguh betul stetmen ko tu.

Eh eh.. ada gak aku copy paste entri ko ni bubuh kat blog aku... baru havoc.

..... aku tau tawil tu.

Cik Biol berkata...

wakaka credit hour aku start blaja dulu sampai skang x penah amek tau ape mende credit hour tu
aku belajar je pastu exam pastu cuti ulang2 sampai sem 6 hehehe sama je sem 6 je final pastu finish kekeke

kudabesi berkata...

hehe lek la rodong..

aok bkn x tau..bola pahang main cam ne

duit gomen bebanyak tu bagi kat koi jer..

rasa rajin, koi bagi kat budok skolah seberang temeloh..buat elaun latihan dorang..bior dorang main lagi true dari zakuan haha

pakkordi berkata...

Lu jgn jalan bawak file atau buku kepit depan perot/dada style budak kolej yg lain. Moga usaha lu berjaya.

Pipiyapong berkata...

Pakkordi,
Lu jangan risau. Gua sorang je sangkut beg kat dahi.

oyett berkata...

HAPPY HOUR lu kenal tak?

Saed Ramadhan berkata...

Patut la sokernet sunyi. Arsenal menang pun lu sunyi. meriam selamanya

pakkordi berkata...

PP, lu memang elvis.

Tanpa Nama berkata...

abis study, grad, lu konvo..
...jemput padeli. jangan lupa.

amANI berkata...

Entri ini sungguh bercanggahan dengan permulaan ayat dalam entri sebelum ini.

amANI berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
elan berkata...

:))

Omaw Rozduan berkata...

best

Fir berkata...

hahahha... ada style la beb gantung beg atas dahi... mcm budak india member lu darjah 3 dulu kan..?
hahaha

Tanpa Nama berkata...

http://www.facebook.com/group.php?gid=265001835179

untuk peminat Metro

sinaganaga berkata...

Gua nak ajak lu gi Happy Hour. Tapi, lu jangan sound kat pensyarah2 lu (pensyarah2 lu semua kengkawan gua, John).

Tanpa Nama berkata...

burj khalifa

Cik Luna berkata...

bang..jgn judgemental sgt!!
bdk2 remaja mmg mcm tu...
esok2 senang nak minta copy assignment ka, tlg sign attendance ka
tlg binding ka...
sila berbuat baik dgn mereka

Catat Ulasan