20 Mac 2010
SMS
Bangun tidur kejap tadi, gua SMS Mael.
'Demeh pergi Bentong bila?'
Tak dan gua nak bakar rokok, Mael balas SMS gua.
'Born kabor petang ni. Aok datang ke?'
Gua menjawab.
'Tengok laa kang. Studio free ke nak rekod trek keh?'
Dalam dua tiga pam gua hisap rokok, Mael balas semula.
'Boleh kautim tu. Datang je laa, boleh latihan sikit.'
Gua tanya Mael balik.
'Ye laa pukul berapa? Keh ni ada orang menikoh kat Raub.'
Mael pun jawab balik.
'Kena tanya Born laa pukul berapa. Aku tengah layan Najib sembang ni. Dia kabor nak bagi duit kejap lagi. Aok nak? Aku mintak sekali. Bagi nombor IC.'
Masa ni gua baru teringat yang Najib ada turun Lepih. Gua cepat-cepat balas.
'830922-06-6789. Ah Born tak balas pun SMS keh.'
Gua sengih sengih sorang dalam bilik. Tak sampai seminit, Mael balas.
'Faking! Aku tipu je. Born tido lagi. Tak hormat Najib.'
Dengan hati yang kecewa, gua kasi SMS lagi satu kali.
'Gampang! Ingat tak letih ke taip nombor IC ni?'
***
Hal hal duit kerajaan ni jangan main main dengan gua. Gua memang tak ambil mudah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

23 kompelin:
haha birthday kita beza sehari je ..i 230983
lenkali sms semula buat ugutan bunuh..ekekeke..
no blkg ic lu cun saja jo..6789.. tp gua syak lu tarok je tu..
sumpah pening.
siot je..hahaha
mana najib nak bagi dah, kata ritu nak bina piramid
masalahnya nok ke pak najip beri pitis ke aok?
aok kenalah buat surat ke dia dulu. ikut prosider. kena ada cap tangan JKKKKKKKK dulu.
keh pun tengah berkira - kira dengan Royalti Untuk Rakyat Kelantan ,
tapi i/c negeri Pahang , gaji pulak rib - rib...
agak - agaknya dapat ke tak ?
keh keh keh...
gua dengan makan duit kerajaan ni..
rilek KOD, bawak bersabor... duit tu duit rakyat jua. kira lu makan duit lu sendiri lah tu.
abang pipi,
sebagai pembaca blog abang yang prihatin, saya amat risau apabila membaca entri kali ini kerana abang pipi telah mendedahkan no IC sendiri. bahaya tu.
pergh, promote birthday ke ape? nak teddy bear?
nk pomot gak bday 210985. sweet 17 lgi..hahaha
yah pipi
dime te mudoh ngat gitunye...
lambat lagi besdaynya..
lu kena cium tangan najib baru dapat duit tu...keh keh keh
duk ganu la.. bakti remaja tiap2 tahun dapat dua rat...
mungkin bini najib silent reader blog deme nih...
pipi lahir 83????
bia betik?????
pantang betul benda duit-duit ni..
keh3...giler mate lu tumbuh simbol duit hek tyme tuh..
kalau aku nak daftarkan ko jadi ahli perpustakaan negara pon bleh skang nie.
ko bagi name penuh!
no ic da ade..
hal2 camnie aku memang xamik mudah.
laa...mude lg...igt kan dah tua...
Catat Ulasan