28 Disember 2011

Kesejahteraan Jalan

Kelmarin aku pergi Kolumpo bawak abah aku pergi layan IJN. Kemudian semalam aku balik Lipis semula. Aku tak teringat langsung lesen kereta aku dah 4 bulan mati. Kakakaka. Nasib baik aku ingat lagi cara memandu kereta.

Tapi sebenarnya ada satu benda aku dah perati lama dan tak puas hati dengan scene pemandu kereta ni. Kalau hujan, langit gelap dan jalanraya havoc dengan air, pasang la lampu kecik. Takkan la mende senang macam tu pun tak boleh buat. Bangang. Benda untuk kesejahteraan tak nak buat, benda untuk dia sorang konon boleh masuk syurga bukan main lagi buat sampai lekeh lekehkan orang. 

17 kompelin:

Hidemichi berkata...

"kakakaka. Nasib baik aku ingat lagi cara memandu kereta." siut betul.

Fahmi Ismail berkata...

Aku simpati dengan hang Pipi..aku ni lagi la, silau tinggi. Siapa pasang high-beam, memang berpinar jugak mata dibuatnya.

Pipi, semoga jadi anak yang baik dan soleh.

spyz berkata...

entry paling islamik aku penah baca dr blog ko ha ha..

al-jambz berkata...

1Pipi 1Pipi 1Pipi

lang berkata...

Scene pemanduan di Malaysia sekarang memang penuh dengan orang bangang pi. bawak-bawak bersabar ye

Chik Att berkata...

tembak jaaa.....

ENCIK TIKUS berkata...

entah kenapa gua rasa macam tengah baca e-diary budak gugirl pi..

missnadira berkata...

mungkin lampu dia rosak kot..tepaksa pasang highbeam all the way..keta proton banyak camtu encik pipi..:P

SM berkata...

ada lagi ganas, pemandu sekarang dah start scene ludah-meludah antara satu sama lain.

sinaganaga berkata...

tu sebab gua lagi percaya lu drive kereta daripada gua drive kereta! - la ni, gua buleh nampak lori kat depan, tapi dashboard gua dah tak boleh nampak...

Sang Harima berkata...

Sama la kita, aku pun dah perati lama.

marina anakcikbob berkata...

ye, betul tu abang pipi.
saya pun da perati lama.
lagi 1, saya pergi kerja 6.30-6.45am.
tapi ada lagi sesetengah yang bangang xon lampu.
pada dia cukup la dengan lampu jalan.
tapi pada saya, bangang namanya.
hari gelap lagi mana la nak nampak diorang tu. hangen betul.

speedrider berkata...

"Bangang. Benda untuk kesejahteraan tak nak buat, benda untuk dia sorang konon boleh masuk syurga bukan main lagi buat sampai lekeh lekehkan orang" - power!

Rakyat Malaysia berkata...

berbudi bahasa budaya kite. Naik kereta je.. terus jadi kera... termasuk la aku kengkadang. wakakak

http://sembang-automobil.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

eleh..
die bawak kete sambil siku terkeluar isap rokok pulak pung pang pung pang..macam bagus je..

Ahmad Afif berkata...

Tergugat juga. Gua hampir melting dengan entri ini.

Orang Akaun berkata...

mata depa terang la tuh