Hari sabtu lepas, gua sama Mael naik bas pergi Kolumpo. Tak puas dengan naik bas, sampai Kolumpo kita orang nak naik pula LRT. Jadi disebabkan gua ni dah lama main dengan Kolumpo dan faham asam garam Kolumpo, Mael suruh gua beli tiket LRT. Gua pun berbaris pergi beli.
"Bang, kasi Hang Tuah dua!" jerit gua pada lubang cermin.
Brader kaunter angguk faham. Gua lega. Sebenarnya gua tunggu je brader kaunter tu jawab, "Hang Tuah takde, Hang Kebun ada la." Peh... kalau dia jawab macam tu baru la ada job sikit gua. Lama sangat takde point nak bertumbuk ni tak sedap juga.
Dalam sekali menguap, brader kaunter hulur gua 2 keping token plastik kaler biru sama duit baki. Gua hairan kejap perhati token biru depan gua. Masa tu tiba-tiba gua rasa gua mentah lagi hal-ehwal Kolumpo.
"Nah," gua hulur ke Mael sekeping token.
"Aik ko bergurau ke ni? Nak cucuk mana mende ni?" tanya Mael hairan.
"Itulah tiketnya. Ah mende senang macam tu pun nak tanya," jawab gua tenang sambil usha orang lain cucuk mana.
Dalam dua tapak gua melangkah, Mael tanya lagi dari belakang.
"Kenapa dia dah tak pakai tiket macam dulu?"
Gua patah balik dan memandang tepat ke arah Mael.
"Sebenarnya macam ni, Mael. Ko ingat sampai mati aku cakap ni. Okey setelah lebih 10 tahun LRT bertapak di negara kita mereka masih tak puas hati. Tiket kad macam dulu tak efisien bagi mereka. Ia mudah buruk dan selalu perlu diganti. Itu melibatkan kos. Dan yang lebih penting bagi mereka, tiket kad tak mampu menjana keuntungan duit denda. Tiket kad tu tak mudah hilang. Ye la dah lebih 10 tahun beroperasi tak sampai 3 kes kad hilang. Mana mereka tak sakit hati? Jadi mereka pun bermesyuarat memeras fikiran sehinggalah menjumpai idea token biru plastik ni. Dengan menggunakan token biru plastik ni pakar ekonomi mereka yakin bahawa token biru plastik ni pertamanya tahan lama dan mampu menjimatkan kos operasi. Yang kedua dan paling mustahak pula ia mudah hilang sebab kecik dan kalau jatuh bergolek jauh celah kaki orang ramai seterusnya boleh menjana keuntungan duit denda yang tinggi. Begitulah ceritanya, Mael."
"Kah kah kah! Ko memang power," balas Mael puas hati.
"Ye, aku tau. Kah kah kah!"
"Kalau macam tu kita letak token biru ni dalam kocek belakang supaya bila kita duduk jadi patah," sambung Mael.
"Kah kah kah! Ko pun tak kurang juga power-nya!"
Selepas puas bergelak ketawa memuji power masing-masing, kami pun meneruskan perjalanan dengan hati yang riang.
23 kompelin:
kebetulan wa tgh study economy ni.power power
aku ingat aku sorg je yg blur bila dpt token aritu
pergh!!power...kalau duit kurang beli rokok,token tu pun boleh rasanya,,
Pergh...dua-dua cakap macam pakar ekonomi...mohon buat 'talkshow' pasal ekonomi secepat mungkin !
Fulamak! ini power, ini power. sungguh.
dah macam jakun pulak
hahhaa
gua dah lama tak naik LRT
keh tak merase lagi pegang token yang aok cakak te...
entry yang sangat comel :) alamak tahun 2010 time kecik2 lu masih lagi guna kad. skang da pakai token yerk. ish3. banyakla yang ilang jawab yooo~
ok, 10 tahun lagi diorang pakai tiket kecik gaya lidi pulak. selain senang hilang dihembus libasan tren, boleh buat cungkil taik telinga masa tren tengah jem. lagi layan daripada dengar empi-tiga.
nazz cam gelabah..tp control2..ala mesti le ade tabung nak masuk kan token tu..
xpe selagi pagar lrt tu timing bukak macam dulu mesti boleh nyelit satu token masuk dua orang
kalo dpt token lebih, hagak2 leh tak guna kat funfair...silap2 kalo menang leh dpt teddy bear....
kahkahkah mmg power. suka btul aku baca.
bangang...hahahahahaha
power org lepeh..
token biru tu mcm cilake.
mcm token main game
ah sudoh la doh..keh ingat ke pessebbuk kene godam doh..hahaha
haha..klo guna token tu bt main game arcade bleh ke?keh3
hehehe... mmg ter'culture shock' jugak jadinya bila turun KL hari tu and tengok mesin tiket dah tukar. buat muka konfiden je tekan touch screen tu padahal baru first time guna. nasib baik berjalan lancar. kalau tak, malu kat orang belakang :P yang token biru tu pun satu hal gak. terpinga2 at first tak tau nak buat apa. nasib baik boleh tiru orang kat depan :D
sungguh stailo setting baru ini. gua caya lu!
sarcastic.. i like
Catat Ulasan