23 Ogos 2011

Membeli Roti Canai

Petang semalam ketika hujan bukan main lebat ditambah angin bertiup kencang dan langit gelap gelita, abah gua kasi duit suruh beli roti canai 6 keping untuk buat iftar. Cilake tak sedap langsung guna iftar. Biasa biasa dah la. Okey abah gua kasi duit suruh beli roti canai 6 keping untuk buat buka puasa. Gua pun pakai baju start kereta dan masuk gear gostan.

Di dalam hujan yang begitu lebat itu, gua memandu kereta tak tutup tingkap, dagu atas stereng dan mata bulat mencari line jalan.

Dah 4 tahun rupanya gua bukak compressor aircond kereta abah gua tak pasang pasang balik. Hanya tuhan yang tahu betapa bokeh-nya perjalanan gua membeli roti canai itu.

16 Ogos 2011

Arsenal dan Art Peringkat ke-7

Art adalah sesuatu yang dirancang dan terancang. Mana mungkin sebuah art itu terhasil dengan tidak sengaja, tak tentu hala atau tak pasal-pasal.

Di dalam perancangan art peringkat ke-7 iaitu art yang paling tinggi, Arsene Wenger memutuskan untuk menjual Fabregas ke Barcelona. Boleh jadi inilah yang dikatakan satu perancangan yang sangat komplikated dalam menghasilkan art dan semestinya kita semua patut mengambil kesempatan menikmatinya.

Begitulah serba sedikit pandangan saya tentang Fabregas ke Barcelona.

09 Ogos 2011

Memori Ramadan Bengkel 2

Ngam ngam dalam pukul 9 pagi gua sampai bengkel dengan muka barai. Kutu lain semuanya tak sampai lagi kecuali Ricky je gua nampak tengah pekena susu sarapan pagi. Cilake bukan main sedap lagi gambar tuangan susu di kulit kotak yang dia pegang. Ricky senyum-senyum segan bila nampak gua perati dia minum susu sebagai tanda respek kepada gua yang puasa.

Hari tu job gua kira berat juga. Ada satu lori kecik nak kena masuk enjin baru. Gua mencangkung pandang enjin baru sampai tepi lori. Besarnya boleh tahan power. Beratnya boleh pergi kira-kira 12 batang rel keretapi. Dan pagi itu bahang mentari sungguh terasa. Ricky pandang gua, gua pandang Ricky.

"Hehehe..." gua sengih.

"Sekerat hari pun tak dapat?" tanya Ricky caring.

"Hehehe..." gua sengih lagi sekali.

"Takpe la u pergi minum dulu alas perut. Nanti tengahari saya minta tauke duit beli nasi ayam," sambung Ricky.

"Hehehe..." gua bangun lalu berjalan pergi kedai tempat Ricky beli air kotak.

Faul


Gua baru tengok logo je gua dah rasa band ni boleh pergi jauh.

05 Ogos 2011

Memori Ramadan Bengkel

Pada satu pagi di dalam sebuah bengkel, gua sedang menunggu sesuatu yang pasti. Dan tidak lama kemudian tiba jua apa yang gua tunggu. Gua bangun dari duduk bertinggung.

"Okey semua, seperti yang dijanjikan hari ni kita akan adakan ujian general overhaul. Masa yang diberikan untuk ujian ini adalah 6 jam. Setiap seorang ambil satu enjin dan kita akan mulakan ujian tepat jam 9 pagi ini. Orait?"

Begitulah kata Encik Yusop. Sebagai seorang anak muda yang tidak gemar ditindas, gua meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.

"Kautim la sikit, Encik Yusop. Bulan puasa takkan la nak jalan 6 jam juga. Up la lagi 2 jam. Yang buat silibus tu mana pikir pasal agama masa dia tulis..."

"Aih pagi pagi dah nak buat saya naik angin nampak?" balas Encik Yusop menjeling.

Gua buat-buat kecik badan belakang kutu-kutu lain.

***

Di sebelah gua adalah enjin 4G15. Sebuah enjin berkuasa dan berteknologi tinggi pasa masa itu. Rekod kelajuan maksimum yang pernah dicatat oleh enjin ini adalah 220km/j mengikut cakap Anep Skoin member gua yang dulu kena buang sekolah sebulan sebelum SPM. Manakala di kaki gua yang bersarung kasut keselamatan, tersergam sekotak spanar.

"Okey boleh mula sekarang!" Jerit Encik Yusop dari pintu opisnya.

Ta ta ta ta!

Berdesup semua yang lebih kurang 12 orang memulakan kerja. Gua pun tak terkecuali jadi serba sibuk. Mula- mula gua buka kepala bateri kemudian kasi buang air radiator, kasi buang minyak enjin, buka tali sawat, kaver itu, kaver ini dan sebagainya. Bila rasa rasa macam otak tak berapa jalan, gua curi-curi perhati member gua sebelah, Roslan Rosli buat kerja.

Kruk kruk kruk!

Gua pegang perut.

***

3 jam berlalu.

"Sambung kerja ye. Saya nak ke Putrajaya kejap. Ingat, saya nak satu kali pusing kunci terus hidup!" sound Encik Yusop sambil berjalan ke motornya yang diparkir dalam bengkel.

Kruk kruk kruk!

Gua pegang perut.

Enjin yang gua kerjakan dah terbarai. Valve dah bercerai, piston dah bersusun atas meja, aci engkol, aci sesondol semuanya gua dah settle kasi berkilat. Tinggal nak tukar parts baru dan pasang balik semua barang aje.

Dan untuk semua proses itu begitu banyak sekali tenaga gua terjejas. Tekak pula punya la kering sampai air liur dah tak mampu nak support. Dah la sahur pagi tu makan nasi lauk telur dengan usin je tiga dapur.

"Wei Roslan Rosli..." tegur gua kepada member enjin sebelah. Roslan Rosli tak silap gua hampir 10 tahun lebih tua dari gua ketika itu.

"Hah mende?" jawab Roslan Rosli sambil ukur lubang silinder enjin menggunakan cylinder gauge - sejenis alat pengukuran yang gua sendiri dah lupa cara nak pakai hari ni.

"Ko amacam? Aku tak boleh pergi ni..."

"Sabar. Inilah namanya cabaran," balas Roslan Rosli acuh tak acuh sambil mencatit hasil pengukuran.

"Cabaran my ass! Aku tak boleh pergi, aku tak boleh pergiiiiiiiiiiiiii!!!"

Gua capai jaket dan berlari pergi kedai mamak.

04 Ogos 2011

Memori Ramadan bersama KOD

Di Manhattan, para jurutera dan mandur sedang gigih bekerja di satu tapak pembinaaan bawah tanah. Kadang-kadang suasananya agak tegang kerana tekanan dan tahap komited mereka itu sendiri. Mereka perlu membina subway untuk kemudahan orang ramai supaya senang untuk berjalan ke supermarket, ulang-alik pergi kerja dan keluar tengok wayang. Semua ini penting untuk perkembangan dan pembangunan ekonomi di Long Island City.

Trurrrrrrrrr! Trurrrrrrr!

Kedengaran satu bunyi motor di perkarangan rumah gua. Gua kenal betul bunyi motor Kawasaki posmen tu. Dengan berat hati gua bangun dari baring depan TV yang sedap di bawah kipas speed tinggi dan bergegas ke luar rumah.

"Mende hal ni, King? Bulan bulan ramadan ni keh nak mendekatkan diri dengan pembinaan pun tak boleh. Potong betul la..."

Kumprinx tersengih menongkat motor sambil terjenguk-jenguk liar.

"Ada la hal sikit. Jom follow keh kejap," balas Kumprinx sambil angkat angkat kening yang bermakna memang ada niat tak elok.

"Aih dah pukul 5 petang dah ni, King. Keh ni puasa lagi," tolak gua baik.

"Alaa kejap je. Turun bukit belakang ni je..." pujuk Kumprinx yang masih lagi terkernyih-kernyih.

Disebabkan gua seorang member yang sporting, gua masuk dalam capai t-shirt sehelai, sarung selipar dan terus membonceng motor Kawasaki posmen Kumprinx.

***

Selepas melalui satu jalan pintas berhampiran rumah gua yang agak mencabar, gua dan Kumprinx sampai di satu tapak pembinaan parking kereta berhampiran masjid dan balai raya - salah satu port yang diyakini clear. Gua turun motor dan melabuhkan punggung atas bahu jalan tepi tebing bukit. Kumprinx bersandar di motor sambil menyeluk kocek.

"Keh ni tengahari tadi dah makan dah. Tiba dah petang petang ni terasa pula macam nak ngisap rokok. Nak ngisap rokok sorang sorang tak sedap pulak. Tu yang keh ajak aok nih. Boleh juga buat teman berborok, ye dak?" Kumprinx buka cerita manakala rokok dah tercokeng di bibirnya.

"King, king..." gua geleng kepala kecewa dengan sikapnya yang masih tak berubah sejak dari bangku sekolah.

Tak lama kemudian harum asap rokok mula bertebaran. Kumprinx sekejap karang asap keluar ikut mulut, sekejap karang asap keluar ikut hidung. Kadang-kadang asap keluar celah gigi. Gua jeling sambil telan air liur.

Dalam pada itu gua dan Kumprinx berborak la sikit pasal ekonomi, politik dan enjin motor. Perbualan yang rancak makin lama makin kencang dan tatkala itu makin sedap juga la Kumprinx menyalakan rokok lagi sebatang. Mendengar bunyi batu lighter bergesek, gua jadi tak senang duduk hati bergejolak.

"King..." tegur gua perlahan, "mende lagi aok bawak?"

"Eh takde mende dah. Cekelat Hacks je ada ni," jawab Kumprinx.

"Bak sini sebijik,"

"Aih aok betul ke ni?" tanya Kumprinx, "dah petang ni, rugi..."

"Ah bagi je la! Lepas tu bagi keh rokok sebatang,"

***

Pow! Pow! Pow!

Menjulang tinggi asap rokok naik ke langit.

"Sedak betul mengisap rokok petang-petang begini yek, King?"

Kumprinx senyum lebar.

03 Ogos 2011

Memori Ramadan Saya

Tepat pukul 12 tengahari, waktu kerja gua sebagai pembanci pokok kelapa sawit tamat. Dengan itu maka berpecah la gua dan kutu-kutu sejawatan lain untuk pulang ke rumah masing-masing. Gua, Kumprinx dan Padeli yang balik satu hala menapak ke tapak parking motor.

"Macam mana ni, King?" tanya gua ke Kumprinx.

"Aku okey... ko Padeli?"

"Aku balik dulu la. Malas laa..." jawab Padeli berkerut dahi bila ditanya.

"Alaa Padeli, ko lorat sangat ni apahal? Sporting la sikit. Kita sebagai anak muda ni kena berani," pujuk gua steady. Dalam usia belum masuk 18 tahun pun begitu power sekali cara gua berdiplomasi.

Padeli tak jawab dan terus start motor.

"Takpe la, kita pergi berdua je la, King," sambung gua yang sedikit terkilan dengan sikap Padeli.

Kumprinx mengangguk seraya start motor manakala gua naik membonceng di belakang.

Truuurrrrrr! Trurrrrrrrrrr! Trurrrrrrrrr!

Motor Kawasaki posmen berbunyi garang meredah jalan berliku.

***

Lebih kurang 10 minit perjalanan akhirnya gua dan Kumprinx sampai di bandar Lipis. Ketika itu hari sudah mula panas terik, atau dengan kata lain ayam goreng baru angkat dari kuali. Kumprinx parking betul-betul depan satu restoran sebelah pejabat pos.

"Aku rasa tak manis kalau aku tunggu sini. Aku drop ko sini, ko pergi buat kerja lepas tu datang tepi medan stesen..." cadang Kumprinx.

Gua angguk tanda setuju dan tak banyak karenah kerana sedar bahawa dalam projek kali ni gua letak modal kecik.

Tanpa membuang masa dan tanpa mencabut helmet kuning bintik bintik hitam ala leopard di kepala, gua melangkah pantas masuk ke dalam restoran. Keadaan agak kucar-kacir kerana kebetulan ramai pula kutu berniat sama seperti gua.

"Kasi nasik lauk ayam dua bungkus. Isi kuah sikit, sayur sikit, ayam satu peha satu kepak and sirap dua," minta gua soft spoken. India restoran tu angguk angguk tanda dapat tangkap. Kemudian gua menunggu di satu sudut dengan tenang. Ketika menunggu gua pastikan tak ada eye contact dengan sesiapa pun.

Pap! Siap.

Servis yang baik. Gua terus pergi bayar dan cepat-cepat keluar dari restoran dengan mencebet dua plastik hitam. Sebelah kiri sirap, sebelah kanan nasi. Dari pintu restoran, gua kona kanan untuk ke tempat Kumprinx menunggu.

Baru menapak dalam 10 langkah tiba-tiba ada satu makwe cun tudung berjalan dari arah bertentangan di hadapan gua. Makwe tu dulu satu sekolah dengan gua dan ada la juga gua menaruh hati sikit sikit. Budaknya pun baik.

Kami berselisih. Matanya merenung tepat ke plastik hitam di tangan gua. Lantas wajahnya menjadi sinis.


Tak lama lepas kejadian tu, gua berhijrah ke Kolumpo.

Memori Ramadan PerseKUTUan

Pada satu petang yang panas terik, di satu port lepak kelihatan tiga anak muda yang ada wawasan tengah berborak.

"Pernah satu ketika gua puasa sampai 3 hari straight. Hari ketiga baru gua bukak puasa..." kata Padeli.

Kumprinx angguk-angguk kepala. Gua pula nampak Padeli ni kecik kecik macam nak kena sigung je.

Sedang kita orang rancak berborak pasal ramadan, tiba-tiba kedengaran bunyi selipar makin lama makin dekat dari arah Cyber Cafe Ejoi.

"Hah kat sini rupanya lu orang!" tegur Apek dengan dressing seluar slack kerat dan baju Godzilla ketat sambil pusing-pusing kunci motor di jari telunjuk. Berdasarkan gayanya Apek ni nampak macam baru layan laman web Pondok Putri.

"Mende hal lu ni, Apek?" tanya Kumprinx. Kumprinx kadang-kadang memang bersikap agak dingin dengan Apek. Mengikut khabar angin Kumprinx ada menaruh hati dengan makwe Apek masa tu - Makwe STP sekolah Clifford.

"Aku lapar betul ni..." luah Apek.

"Aku pun!" Balas Padeli dan Kumprinx serentak.

"Kebetulan pasar ramadan baru on ni," sambung Padeli semangat.

***

Setelah membeli murtabak mini, air tebu, ayam goreng, rokok dan cekedis, kita orang berempat pecut naik motor ke satu bukit. Gua naik Honda WCL Apek. Padeli naik motor Kawasaki posmen Kumprinx. Disebabkan port baik punya ni Kumprinx yang paling arif maka dialah yang mengetuai rombongan.

Tak dan 5 minit kita orang sampai satu kawasan rumah tinggal zaman penjajahan di atas bukit yang sunyi di tengah belukar. Kemudian masing-masing turun motor dengan tenang kecuali Apek yang tak tanggal helmet pandang kiri kanan dan pucat.

"Babi la, mana? Mana? Cepat la!" Apek minta makanan kucar-kacir.

"Jangan jadi asshole, Apek. Rilek laa..." sound gua. Masa tu 'asshole' tengah naik kat Lipis bersama-sama perkataan 'loser', 'cyber', 'further study' dan 'e-mail'.

Kumprinx sebagai incas makanan mengagih-agihkan makanan masing-masing. Murtabak mini dan ayam goreng yang berasap kelihatan cukup power dan mantap.

Ta! Ta! Ta! Ta!

Semua makan dengan serius. Kadang-kadang dia punya sedap sampai terpejam mata. Ada yang mencangkung, ada yang duduk atas motor manakala Apek pula sebaliknya kucar-kacir makan sambil berdiri dan mata liar pandang sana sini. Memang takde feel langsung. Barai... barai betul Apek masa tu.

Gua, Kumprinx dan Padeli yang dah malas dengan Apek punya pandir hanya menjeling sambil rancak mengunyah murtabak berselang-seli dengan sedut air tebu.

Nak dijadikan cerita, tiba tiba ada satu bunyi kereta memecah kesunyian. Apek jadi kucar-kacir. Dengan muka pucat lesi, habis air tebu dia campak tebing bukit. Makanan lain pun semua dia kasi clear campak merata dan terus buat-buat duduk atas motor macam tak ada apa-apa.

Bunyi kereta tadi tak lama kemudian hilang jauh dibawa angin.

Gua, Kumprinx dan Padeli tenang menyedut rokok dalam dalam sambil merenung Apek.

"Lu memang loser la, Apek..." sound Padeli steady. Hanya tuhan je tahu betapa peritnya kalau kena sound dengan Padeli. Kena sound dengan orang lain takde hal sangat.


Versi palsu - Ramadan di Lipis

Baru

Okey gua nak mulakan hidup baru ni. Amacam?