(Sedikit sedutan dari Menengok Tanah Air yang akan diterbitkan)
Bagi saya seorang kutu adalah seorang pelajar. Seorang kutu juga adalah seorang pesara dan kutu juga jika diberi senjata nescaya akan lebih hebat dan berkebolehan daripada tentera. Buat apalah diberikan tiket diskaun kepada pesara tua yang sepatutnya duduk saja di rumah membanyakkan sembahyang dan membaca buku panduan naik haji. Buat apalah diberikan tiket diskaun kepada tentera yang sudahpun dibayar gaji dan mempunyai kemudahan elaun itu ini. Akhir sekali buat apalah diberikan tiket diskaun kepada pelajar yang lazimnya menggunakan wang kepada jalan yang salah seperti menjalinkan percintaan, membeli telefon bimbit dan main motor.
Saya bertolak menaiki keretapi tepat jam 9.30 malam dan duduk di kerusi bernombor 5D iaitu kerusi yang menyebabkan perjalanan saya menjadi gostan.
***
"Assalamualaikum," sapa seorang brader kopiah lantas mengejutkan lamunan saya yang sedang perhati makwe cun naik keretapi di kaca tingkap.
"Waalaikumussalam," balas saya di dalam hati.
Saya kecilkan kangkang dan brader kopiah mula melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah saya. Saat itu saya merasakan seperti pengembaraan saya yang baru bermula ini takde ong. Kenapa mesti brader kopiah? Mengapa bukan makwe cun?
Keretapi mula bergerak perlahan-lahan melewati stesen Kl Sentral dan terus maju di dalam kegelapan malam Kuala Lumpur yang terang. Pandai pula keretapi ni jalan slow dalam town. Saya membuat keputusan untuk tidak menjadi peramah dan hanya cuba melelapkan mata meninggalkan brader kopiah membuat hal sendiri. Kadang-kadang pada satu ketika saya merasakan keretapi meluncur sangatlah laju. Tidak pernah saya mengalami keadaan gostan yang laju begini.
Pukul 11.30 malam saya tersedar dari tidur. Mulut saya tidak begitu selesa dan mahu merokok. Saya melihat kanan saya. Brader Kopiah di sebelah sedang bersandar hanyut dibuai mimpi. Barangkali sedang mimpi naik haji di Pulau Pinang. Di belakang saya kedengaran sepasang laki-laki dan perempuan remaja sedang berbisik asmara. Saya bangun dari kerusi.
"Tumpang lalu, bang,"
Saya terpaksa minta tumpang lalu kerana jarak di antara kerusi ke kerusi sangat rapat di dalam gerabak kelas akhir ini. Apabila duduk lutut kita akan hampir benar dengan kerusi di hadapan. Jika bersandar sedikit, maka habislah kepala lutut tersepit. Itu pun untuk saya yang hanya memiliki ketinggian 168 cm. Kejuruteraan ini walau bagaimana pun bagi saya ada relevannya. Gerabak kelas akhir ini adalah untuk orang yang berpendapatan kecil. Makan orang jenis ini harusnya kurang dan sedikit atau cukup-cukup sahaja. Secara logiknya fizikal mereka kurus. Jadi teori saya mengatakan sebab itu ahli kerusi menetapkan kerusi gerabak ini rapat rapat. Dan gerabak kelas pertama yang biasanya untuk orang senang pula sebaliknya...