18 Januari 2012

Percintaan (episod akhir)

Aku membuat temujanji kedua dengan teman wanitaku. Pada satu tengah hari, aku muncul di banglonya.

"Alamak!" Katanya sambil membukakan pintu, "saya betul-betul lupa nak beritahu awak yang saya perlu keluar 10 minit lagi. Ada urusan. Tapi takpe la, silakan masuk dulu."

Aku masuk dan memerhatikan seluruh ruang tamunya seadil mungkin. Bersih dan kemas. Terdapat komputer di atas meja makan dengan paparan foto buah pinggang di skrinnya. Buku-buku perubatan menimbun di sebelah komputer. Sementara itu, dia ligat di dapur memanaskan air di dalam cerek elektrik. Tidak lama dia datang kepadaku membawa secawan kopi segera.

"Maaf, saya tak pandai buat teh tarik."

Aku tersenyum nipis memandang rambutnya yang bertocang kiri dan kanan. Agaknya tersedar, dia terus berjalan dan berdiri di hadapan cermin.

"Bila di rumah saya memang suka mengikat rambut begini untuk kelihatan lebih manja," ujarnya lalu meleraikan ikatan rambutnya. Dia mula menyikat merapikan rambut panjangnya yang hitam pekat. Kemudian dia mengikatnya semula tetapi kali ini nampaknya seperti fesyen ekor kuda. "Bila mahu keluar saya senang begini supaya nampak lebih matang." Selesai mengikat dan menggayakan beberapa ketika dia menyambung, "nampak lebih matang, kan?"

Aku mengangguk dan tertawa kecil.

"Eh, jom ke luar. Udara lebih baik di luar." Dia menarik tangan aku ke luar rumah. Aku merelakan diri mengekorinya dan meninggalkan kopi panas segera yang masih berbaki. Kami duduk di satu bangku di anjung rumah berhampiran sebatang pokok mempelam yang rendang.

Seorang jiran yang sedang memukul permaidani dengan sebatang kayu hoki menyedari kami dan melambaikan tangan. Teman wanitaku membalas mesra. Aku turut tersenyum terhadap jiran yang hanya nampak mata sahaja itu.

"Jiran saya dan mama di sini semuanya baik-baik dan peramah. Mereka memanggil saya 'Adik Manis'. Hairan saya. Saya sendiri tidak tergamak memanggil mereka, 'Pakcik Mesra' atau 'Makcik Riang'.

Percakapan teman wanitaku terhenti apabila menyedari sebuah kereta sport berada di luar pagar rumahnya.

"Itu milik awak?"

"Ya," jawab aku ringkas.

"Wah! Saya suka bersiar-siar menaiki kereta menikmati pemandangan di desa. Boleh la awak bawa saya nanti! Saya akan hubungi awak bila ada masa yang senggang," ujarnya bersemangat dengan mata yang bulat, "ada air-cond?" Sambung dia.

Aku menggelengkan kepala.

Dia melemparkan senyuman yang begitu manis dan hangat. Selepas pertemuan itu aku tidak lagi mendengar sebarang berita daripadanya.

31 kompelin:

Fahmi Ismail berkata...

Tragis betui hang punya ending,Pipi..tak apa,bunga bukan sekuntum.jom solat maghrib

faizul berkata...

bercinta betul lu pipi.

Darkk berkata...

Belum mende lagi dah episode last.

DISLICKER berkata...

Gampang

Zaini berkata...

"Bila di rumah saya memang suka mengikat rambut begini untuk kelihatan lebih manja"

king, king.

BonekadalamChermin berkata...

sedih.

bact. berkata...

sedih gila ending

zey berkata...

kereta pipi takdak bumbung laa... mana pakai aircond...~

Fa-T berkata...

ekon.... Ekon.... Ekon...

iamzulfadli berkata...

kahkahkahkahkahkahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

lain kali kasik install aircond. kah kah kah.

aji berkata...

celake apa kereta sport takde ekon?
oh, mungkin guna sistem pemanas sahaja (seperti yang dipakai dinegara bermusim sejuk)...

se7en berkata...

power... dlm byk2 kisah bahorom bahari main bola, Ismael berdebat, ini satu-satunya cerita novel yg ada ending... kalau boleh babak aksi arnold menyerang banglo diselitkan sekali dlm cerita ni boleh makan ramlee awang murshid nih, seriuss

Muhammad Fitri berkata...

peh, aku mencari gak episod 1, 2 atau 3..tapi x jumpa..cis!

Tanpa Nama berkata...

kimak!

Mamimo ♥ berkata...

Tragis gila. Semua nye sebab sebutir aircond. HAHA.

kueh bakar berkata...

kadang bunga itu hanya untuk dilihat
kadang bunga itu hanya untuk dihidu
kadang bunga itu memang untuk dimiliki..

Rin berkata...

macam ada pengaruh novel2 Dingin plak..

amir berkata...

Saya terkesima dengan lelucon saudara.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Kakakaka saya sudah bilang, lelucon ini hasil belajar dari UMNO wahai Syaitan Pekerjaan.

Tanpa Nama berkata...

pelik betul makwe yang in relationship dgn lu ni

LS berkata...

ni lu menipu tak ni?

JAIRO berkata...

kasihan......

pakcik mesra berkata...

pakcik mesra klik nufffnang adik gersang 18x.lepas tu pakcik mesra sambung noreh lak..

Anie berkata...

kadang bunga itu boleh juga dimakan

hazwanim berkata...

pipi, aku lebih suka john punya imaginasi. tapi, percubaan menarik!

Hidemichi berkata...

Cinta yang hangat bisa dingin kerana hangat itu sendiri...

~* chirpy_chummy *~ berkata...

adik manis pergi sambung study kot..

katana berkata...

sweet lah pipi ... lebih tang ikat rambut tu ..ehe

Tanpa Nama berkata...

lpas nie ko bwk ferari g banglo dia..mst dia call ko tiap2 mlm..

Orang Akaun berkata...

makcik riang abang gembira