Entah mengapa aku selalu mengelak untuk menulis tentang hubungan percintaan di dalam blog. Malah aku juga jarang menulis tentang perempuan di dalam blog ini hinggakan pernah satu masa dahulu beberapa orang perempuan mempertikaikan kecenderungan seksualku. Kata mereka kononnya aku asyik bercerita tentang lelaki itu dan lelaki ini maka aku dicop peminat laki-laki. Namun sebagai seorang pemuda yang memiliki personaliti menarik, aku tidak begitu mengendahkannya dan terus bercerita tentang kawan-kawan, kutu-kutu dan kegiatanku.
Sebenarnya lebih sepuluh tahun dahulu, aku pernah memiliki seorang teman wanita yang mengancam. Raut wajahnya seperti orang melayu. Rambut dan matanya hitam, dan bibirnya selalu dibiarkan tidak bercat. Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak juga berkehendakkan aku menunduk terlalu rendah untuk berbual dengannya. Percakapannya petah dan gemar berkasut sukan.
"Ramai lelaki sukakan saya," katanya yang berjalan mendahului aku ke arah bahagian buku-buku perubatan, "kata mereka saya kelihatan bersih."
Aku menyambut dengan senyuman yang panjang dan terus berjalan mengekorinya. Pertemuan pertama di sebuah pesta buku bukan idea yang baik. Kerana mahu mengejarnya sering kali aku tersiku kepala kanak-kanak.
"Sini, sini!" Dia menarik tanganku berhenti di sebuah rak.
"Saya gemar membaca tentang buah pinggang," ujarnya ringkas sambil mula membelek sebaris buku dengan penuh minat.
Aku mengangguk kecil. Kuperhatikan tangannya mulai melepaskan tanganku untuk menarik buku-buku pilihannya.
Kah kah kah dah la. Tak larat aku nak menipu pagi pagi ni.
43 kompelin:
jilaka betol
hahaha,tak payah tulis pasal cinta la.
Tak yah mengada2 lah nak tulis pasal cinta.. hahaha...
diragui eh? hahaha
banyok sangat tengok drama melayu!
Hahahaha gay mana reti tulis pasal cinta dengan perempuan.
macam setan!
Gua rasa macam kosong la sekarang, bila nak balik pi? balik la...
bace intro entri lu ni pun gua dah tau lu memang temberang..kah kah kah
nak kena lempang?
nak aku pukul, dah bangka. kalau arwah karang sape lagi nak buat cerita temberang macam ni.
bangkai..hampir2 kena tipu pagi2 ni..
baru nak stim
takpayah la pipi
teruskan bercinta dengan laki laki
hahahahah gay rules!!!
penat aku percaya dari mula.
terasa macam nak tarik bibir lu yang bercat tembakau hangus tu
hahaha mengong, potong stim betul..
HAHAHAHAHAHAHAHAH
adoiiiihhhh ....!!!
Mohon sambungan Pipi...hang buat novel ni kompom laris !
Benci larh!
bru follow blog neh...
tertipu betol...tp da ade iras2 nk jd penulis novel..keep it up...ahakz..
salam drpd http://iebafeninlalat.blogspot.com/
Gila, tersiku kepala budak tu yang epic tu. kakaka
Mmg bangkai. Hahaha... aku dah pelik pehal awek suka baca buku sal buah pinggang.. Hahahaha
wehh..sempena tahun baru china ni buat ler entri romantis(18sg) ngan mak we tionghua..ngan naga pun ok gak..tipu pun tak pe.
Ni kalau buat novel pastu adaptasi ke filem, kompem box office ni. kakakaka
kah kah aok ni memang nak kena songket tang lobang hidung ni pipi
ceh, antu betoi
nampak permainan disitu [Oo.]
kahkahkah gampang lu pipi.
Ni tulis mesti pasal ada 2 ekor mentadak masuk rumah punya pasal. cilakeeee... hahahaha
pipi. aku nk bagi kau satu galakan. gaya penulisan yang macam kau tulis ni setakat ombak rindu tu ayam2 je..
aku gerenti kalau kau habis tulis satu cerita bergenre novel macam ni dalam 100 page je la. byk2 nnti kau melalut-lalut.. aku gerenti lagi sekali dalam sebulan ada la sejuta naskah bulih jual.. aku jamin pi.. aku jamin..
lepas ni kau kuar naek moto ducati pi.. moto ducati pi.. kau pikir baik-baik cadangan aku ni pi..
aku agak feeling,tapi main tarik-2 pulak..auchh!!.HAHA
sambungan takda!!LOL
basted
basted
hampeh!! dah percaya, tahu??!!
kata mereka saya kelihatan bersih.
kemain.
Jilaka pipi..
Lu dengan Anwar Ibrahim ada apa-apa ke?
HAHA. Dari awal lagi gua dah ada bau unsur-unsur penipuan tahu? ;)
cerita cinta pa dia pepagi buta hang ni.
mmpi ape smlm pi..keh3
kahkahkah...
sia2 aku kena tipu...
betul ni... betul. aku percaya.
Catat Ulasan