Klik foto untuk lebih senang membaca
Lewat pagi tadi, aku bangun dan mendapati ada sekeping surat di inbox. Surat itu datangnya dari seorang kenalan yang mempromosikan bahan terbitannya iaitu sebuah buku bertajuk, 'PUNK ROCK - Di Sebalik Fesyen dan Muzik Bising'. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsikan di sini supaya lebih ramai yang tahu akan kewujudan buku ini.
Sebenarnya aku sendiri juga belum tahu apa yang terkandung di dalam buku ini. Tetapi tajuknya sudah agak jelas untuk aku menduga berdasarkan pengalaman aku serba sedikit bergaul dengan ahli Punk Rock dan berdasarkan tajuk kecil buku ini sendiri yang mahu memberitahu Punk Rock itu bukan fesyen dan muzik semata. Di sebalik fesyen dan muzik mereka, aku tahu tiada yang lebih mustahak selain prinsip, idea dan fikiran yang bernas mereka di dalam mentadbir hidup khususnya hidup mereka sendiri. Cuma bagaimana penyampaiannya tidaklah aku pasti.
Barangkali yang membaca di sini ada yang sudah arif benar tentang Punk Rock, ada yang sedikit-sedikit faham, dan malah ada yang tahu sangat banyak berdasarkan cakap jiran, TV, akhbar dan media lain. Namun aku berpandangan lebih baik kita baca dan fahamkan sendiri tulisan mereka yang lebih ahli.
Dalam foto di atas ada tertera sekali bagaimana cara untuk memilikinya. Bagi yang tidak berpengalaman melakukan urusniaga begini, janganlah berasa risau kerana aku yakin benar mereka mampu berlaku jujur tanpa perlu menggunakan agama.

10 kompelin:
lu guna perkataan AKU?
pergh, ini art sekali sekala.....
tanpa menggunakan agama. haha itu perli MDKA la tu
pehh..siap buku...zaman zine dah makin pupus :D...
tapi elok ko buat review dulu..pasal aku rasa ramai jugak orang macam aku yang cuma beli bahan bacaan kalu rasa betul2 nak baca, bukan nak kumpul(read: belek2)
by nizang?..
takyah cakap banyak...cepat beli
bang nak tanya....buku 'dangdut disebalik fesyen dan goyang gerudi' bila dia nak buat? asyik pang rok je...
nizang? memang ahli nya lah, akan ku dapatkan!!
maklumat lanjut boleh tengok kat http://www.facebook.com/bukupunkrock
thanx pipi.
Pipi, aku baru baca blog ko, stim gile rase nak katamkan. Selain itu, nak tanya, buku ni 20hengget je kan? :)
anak liar, kalau beli hari sabtu mungkin kena tambah 20sen duit beg plastik.
bukan ahli sgt pun. pemilik blog hilang punca ni patutnye tulis juga..
Catat Ulasan