Ada masa masanya aku gemar juga mengambil tahu hal-ehwal semasa tanah air. Kegemaran ini sudah lama muncul dalam diri aku. Malahan ketika sekolah rendah aku sudah mula berbual hal-ehwal semasa dengan beberapa kawanku yang berpandangan jauh dan berani menyatakan sokongan tentang sesuatu perkara. Idea dan rujukan aku ketika itu sudah tentulah dari mulut abah dan arwah emak aku yang memberikan komen di hadapan TV ketika menonton siaran warta berita. Aku fikir kawan-kawan aku juga begitu, tiada bezanya dengan aku.
Pada hari isnin akan datang, aku mendapat tahu ada satu perhimpunan besar akan berlangsung di Kuala Lumpur. Ini salah satu hal semasa yang muncul menarik minat aku. Perhimpunan itu katanya adalah satu perhimpunan untuk satu perlawanan pusingan akhir di antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Perlawanan sengit ini seperti yang diketahui sudah berlangsung agak lama. Namun hanya pada pusingan akhir ini keputusan akan diumumkan oleh pengadil.
Seperti mana-mana perlawanan akhir, ia semestinya berlangsung di sebuah gelanggang yang hebat. Maka selalu saja Kuala Lumpur dipilih tidak kira apa perlawanan sekalipun baik bola sepak atau peraduan menyanyi. Aku fikir barangkali mahkamah baru di Kuala Lipis ini yang gah berdiri di atas bukit menghadap Sungai Lipis masih tidak cukup hebat.
Khabar angin mengatakan perlawanan akhir ini mungkin dimenangi oleh Saiful Bukhari kerana pengadil kononnya lebih banyak memihak kepadanya. Aku tidak fikir begitu. Manchester United awal pagi semalam tewas 3-0 walaupun pengadilnya Howard Webb (kah kah kah!). Jadi keputusan perlawanan ini tidak boleh dijangka terlalu awal. Aku berpendapat bahawa yang bermain baik akan menang. Kadang-kadang Howard Webb juga pening kepala bagaimana mahu menolong Manchester United jika mereka sendiri bermain seperti tidak mahu menang. Mana mungkin dia meniup untuk mengarahkan penalti untuk Manchester United ketika bola di tengah padang. Lainlah kalau dia sudah gila tiba-tiba atau dirasuk iblis.
Di pihak Dato Seri Anwar Ibrahim, aku melihat persediaan mereka untuk perlawanan akhir ini cukup baik. Poster seperti yang aku tampal di atas sudah lama terpampang untuk para penyokongnya tidak lupa hadir menyaksikan perlawanan akhir ini. Saiful Bukhari pula aku tidak pasti berapa ramai penyokongnya. Mungkin ramai juga. Kalau tidak ramai atau kuat, mustahil untuk dia ke perlawanan akhir ini.
Yang sebenarnya aku juga terfikir mahu melihat perlawanan akhir ini walaupun kedua-dua pasukan tidak mempunyai kaitan denganku. Tapi aku rasa tidak salah untuk pergi melihatnya. Aku sebelum ini pernah juga ke lain-lain perlawanan akhir yang tidak ada kaitan denganku contohnya perlawanan MPPJ Selangor menentang Sabah beberapa tahun lepas. Aku cukup suka suasana perlawanan akhir yang jarang-jarang dapat dinikmati. Namun kali ini aku kekurangan wang untuk ke Kuala Lumpur. Jadi cukuplah aku menunggu keputusan semasa di televisyen atau internet sahaja.
Walau bagaimanapun pagi ini setelah aku meneliti beberapa berita dan maklumat, aku menjadi kurang faham dengan perlawanan akhir ini. Ada beberapa persoalan yang menghairankan.
- Kenapa polis melarang penyokong-penyokong setia pasukan masing-masing untuk hadir berduyun-duyun ke gelanggang untuk memberi sokongan.
- Apa gila polis suruh penyokong duduk di tempat lain jauh dari gelanggang. Macam mana nak sokong ayam tambatan mereka?
- Apahal orang Kolumpo bising takut jalan jem. Dah nama pun perlawanan akhir memang la jalanraya havoc sikit.
- PERKASA sokong team mana?
- Apahal Tun Mahathir cakap perhimpunan penyokong ini ugut mahkamah seterusnya memberi tekanan. Pengadil bola rilek je dalam padang kena maki satu stadium.
- Apahal guru, pelajar dan kakitangan kerajaan dilarang pergi menyokong. Suka hati diorang la nak layan final.
- Apahal final ni diorang main isnin? Tak respek langsung tradisi final kena main hari minggu.
Apa pun gua harap penyokong kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir ini mampu tabah dan sporting seandainya beroleh kekalahan.
Ramalan: Anwar 2-3 Saiful Bukhari.

30 kompelin:
kah kah kah. macam setan ulasan perlawanan akhir ni.
Gua rasa - Yang kalah akan menang.
ISNIN hari org KL memulakan kerja, cari rezeki sara hidup. duit bukan jatuh dari langit.. Ahad malam Isnin tu mesti jem-dah start road block! menyusahkan orang segambut je..
aduyai u ak pasni x femes r coz demo n akan amik alih kes upsi. kpd admin upsi, ak dh ckp kaedah machivelli nk hndle dak SMM dh lapok r. org dh bley agak formasi lme. 4-4-2 x sesuai, barca yg cmpion pon byk gune 4-3-3. tlg la berubah wei.
Rileks brader..rileks..
aku agak benda ni akan jadi seri...
tengok pada penyokong, gua rasa howard webb pun takut nak jadi pengadil perlawanan nie.. FRU datang 7-8 bijik kete nanti
Gua agak 901 ramai jugak PENGIKUT KAUM NABI LUT.. Nabi xngaku Umat woi... gua pon xpaham kenapa diagungkan Pemimpin Songsang... barangkali DUNIA MMG NAK KIAMAT..
astaghfirullahalazim
dalam perlawanan akhir ini, semua penyokong takut dengan keputusan, tak kira siapa menang atau siapa kalah...
Tapi apa hal pun gelanggang akhir kali ni depan masjid wilayah, time game masih sempat mohon pada tuhan.
John Labu : bukti?
byk point2 menarik dlm ulasan ko ni pipi. aku tergelak je membacanya...kalau dilihat dari perspektif bola mmg lawak tapi ada logiknya. hehehe
Kolumnis Jalanan: 28 dari 32 pengasas PKR dah lama keluar parti...mereka yang majoritinye cine ni ramai yang masuk MCA...tak pecaye? nak bukti? g carik sendiri...
memang dahsyat..
gua syak kalau saipul menang mesti pakai org dalam...keh.keh.keh
Pipi,cara hang menulis ni dah melayakkan hang bertanding merebut Ketua Pemuda Tempoyang untuk penggal kali ini...hidup Pipi!
Aku syak perlawanan akhir akan dicemari dengan ketegangan antara kedua2 pasukan. Aku yakin ultras pasukan Anwar akan memberikan chants yang terbaik.
"Aku berpendapat bahawa yang bermain baik akan menang".
Yang main tangguh kes bertahun-tahun,tak nak bersumpah dalam court,bawa pakar DNA celup yang bukan pakar dan diragui kepakarannya oleh negara beliau sendiri...bla bla bla...ya,hanya yang bermain baik,akan menang.Cuma,janganlah melolong kalau kalah.
ni sokernet ke hilang punca?
:)
Ramalan: Saiful menang penalti.
mungkin perlawanan akhir yg penuh dengan kontroversi.
anwar 0 - saiful 2
- own goal + penalti
Nak bukti?
Takde angin takkan pokok goyang?
kalo ramalan ko betul, dah bole sing along lagu umbrella, ramalanku benar belaka.. kah!kah!kah!
tak payah pakai angin pun pokok boleh di goyang makcik anie yeee...
kah kah kah... ko ni banyak sangat tengok bola... aku rasa liga Russia pun ko layan kan...
suatu cara fikir yang baru.aku suka.
analogi bernas & apolitical.good one!
sebaik baca.kira peringatan utk gua jugak la yg tinggal dalam zon dekat stadium final tu...mmg keje melayan road block je la..
pipi lagenda ulasan isu semasa.kehkeh,pinjam ulasan ini,nk terbit di blog gua.lipat,lipat.
Bukan makcik anie yang goyang tapi Datin Maimun... Hahaha...
arsenal vs leeds pn isnin hahaha
ramalan brader ni selalunya terbalik dengan keputusan.
terbaek.hahha
Catat Ulasan