Apabila menonton siaran bola Eropah awal pagi tadi aku tak pasal pasal termenung jauh. Lagi-lagi bila terpandang wajah bola yang digunakan. Aku teringat abah kepada bola Tango yang berkuasa pada puluhan tahun yang lalu.
Abah kepada bola Tango sekarang ni nama dia pun Tango. Bola itu cukup power, cukup berwibawa. Bola itu pernah menjadi satu kenangan indah dan dalam masa yang sama boleh juga menjadi kenangan ngeri kepada yang pernah berdamping dengannya.
Malah pada satu masa dahulu pernah para mufti bola memfatwakan ke semua tadika bahawa;
'Barang siapa yang boleh menyepak bola Tango tanpa cedera maka dialah pemain bola yang sebenarnya dan barang siapa pula yang pernah kena rembat dengan bola Tango, dialah pemain bola yang sempurna dan barang siapa yang bila tau pakai bola Tango terus balik rumah maka tak layaklah dia digelar laki-laki.'
Berdasarkan fatwa itu, tahun itu aku telah mencapai darjat pemain bola sebenar yang sempurna dengan abah kepada Tango hari ini. Begitulah ceritanya.
4 ulasan:
Hahahahahha... Tango 12
mana-mana tango yang pernah lu terajang, mesti dia rasa amat bersyukur.
Horror betul cerita lu ni. Memandangkan gua juga punya memori yang kurang lebih sama tentang Tango.
menunjukkan bola orang dulu strong
Catat Ulasan