04 Julai 2012

Mat Tiara di Zine Fest


"Gua terjaga dari tidur gua yang lena bila gua terdengar suara makcik-makcik dan mak gua selaku tuan rumah berborak cun-cun kat belakang bilik gua. Tak payah tengok jam gua dah tahu sekarang pukul 11 pagi. Time-time ‘anak mak’ balik dari tadika kat area taman gua time macam ini lah ‘mak budak’ berborak kat rumah gua.

Gua sebenarnya tak risau sangat mereka nak berborak tapi tidakkah mereka sedar tuan rumah mempunyai anak-teruna-lulusan-universiti yang sedang tidur dan melayan puteri-puteri dari kayangan. Mereka tidak pernah menjadi anak-dara-remaja ke?

Gua sebagai anak remaja yang bertoleransi, baik hati dan kadang-kala bermasturbasi di waktu pagi mengambil langkah bijak dengan mendiamkan diri sahaja. Kadang-kadang tu gua rasa bagus juga dia orang ada di sini kerana gua dapat mengetahui tentang berita terkini hiburan sensasi yang berlaku kat area taman gua.

Suasana nyaman pagi tu bertukar menjadi taik apabila ada seorang makcik yang pantat mulutnya bertanya beberapa soalan kepada mak gua.

“Anak kau buat apa sekarang? Kerja ke? Tak sambung belajar? Tak masuk....”

Belum lagi habis soalan dari makcik tu, gua lekas-lekas pasang radio sekuat-kuatnya dan pagi itu mereka pun blah slow-slow.

Selamatkan aku atau aku selamatkan kamu?- Petikan dari buku Mat Tiara



Buku ini akan mula dijual secara serius pada hari Sabtu ini di Annexe, Central Market sempena acara ZINE FEST & DISTRO DAY OUT MALAYSIA. Jumpa di sana mat mat dan minah minah baca!



5 ulasan:

mirul berkata...

kasar sungguh bahasa buku terbitan lu ni.

buku macam ni yang gua cari.

bact. berkata...

habis rosak anak muda kalo lepas khatam buku.

insyaallah.

zulhilmi berkata...

biasanya kalau makcik makcik bertanya macam tu dorang nak buat kira kira adakah sesuai atau tidak untuk dijadikan calon menantu.

ஜ miss klanika ஜ berkata...

tipkal makcik-makcik , nk masuk minang kau barangkali ?

cryclown berkata...

kisah pakcik pakcik ada tak?