Neon Terbit? Boleh abang jelaskan tentang label tu dan kenapa di dalam bilik?
Neon Terbit ni sebuah label penerbitan baru yang aku usahakan bersama kawan kampung aku, Nor Hisham. Ia sebuah label kecil berpusat di Kampung Tempoyang yang tertumpu kepada penerbitan bahan bacaan khususnya buku. Aku dan Nor Hisham memulakannya kira-kira 5 minggu lepas dengan modal RM500 untuk mencetak 50 naskah buku pertama Neon Terbit yang berjudul Mat Tiara. Label ini juga bukan sekadar menerbitkan malah turut bertindak mengedar dan menjual sendiri buku itu.
Aku menguruskan Neon Terbit di dalam bilik kerana bagi aku bilik adalah satu tempat yang tiada tekanan. Mengusahakan sesuatu di dalam bilik sangat berbeza dengan mengusahakan sesuatu di kedai atau ruang pejabat. Orang boleh cakap bila ada kedai atau ruang pejabat bermakna perusahaan itu bersikap serius. Aku tak setuju sebab serius itu boleh berada di mana-mana. Berapa ramai orang yang punya kedai dan ruang pejabat yang akhirnya berbincang tentang perniagaan di meja restoran? Ya, mereka akhirnya akan cari dan duduk di tempat yang tiada tekanan. Mereka akhirnya akan lari seketika daripada memandang dinding kedai dan teringat sewa yang mesti dibayar habis bulan nanti.
Dalam bilik operasi Neon Terbit ini segala-galanya aku lakukan tanpa menjejaskan fungsi bilik tidur aku. Aku simpan kira-kira 420 naskah buku di bawah katil. Beratus-ratus sampul surat, borang Poslaju, gam dan setem aku simpan di dalam kotak juga di kaki katil. Dan di sebelah katil terdapat sebuah meja yang terletak sebuah komputer terpakai yang aku beli kira-kira RM700 untuk aku uruskan soal jualan dan membuat kerja-kerja pra-penerbitan sesebuah tajuk buku. Ia sebuah komputer yang baik dan boleh bertugas untuk merekabentuk dan membuat layout buku. Di satu sudut pula, ada sebuah kipas angin untuk memberi keselesaan di samping tingkap terbuka luas yang membolehkan aku mendengar deru angin, burung berkicauan dan kera bersahutan.
Oh jadi andai label ini semakin besar, adakah abang akan membina bangunan wisma atau sebaliknya?
Kau tanya amende ni? Amende ni? Aku tak boleh masuk soalan kau ni.
Maksud saya apabila label ni semakin besar dan banyak produk takkan la abang masih beroperasi di dalam bilik?
Ya mungkin masih di sini cuma peralatan mungkin lebih baik dan sistem sudah pasti akan ditingkatkan untuk bekerja dengan lebih berkesan dalam menguruskan buku-buku yang semakin banyak. Kalau sebelum ini aku lenguh tangan mengisi borang Poslaju mungkin bila sudah besar sedikit aku boleh pakai robot yang dibeli dari Jepun untuk mengisi borang. Kalau Jepun tak ada jual mungkin aku boleh tempah daripada Zulkifli Haron. Sedikit sebanyak benda ni boleh membantu industri rekacipta.
Steady, steady. Tapi kalau tak silap saya Neon Terbit ni bukan label penerbitan pertama abang, kan?
Ya, betul. Sebelum ini aku menguruskan DuBook Press. Ia sebuah label yang menyeronokkan dengan logo seekor dubuk yang berpelajaran. Asalnya dengan DuBook Press aku bercita-cita untuk menerbitkan buku-buku bukan fiksyen yang power. Tetapi sedikit demi sedikit idea itu hilang kerana komersil dan wang dengan mengeluarkan buku-buku yang aku tidak setuju. Aku bukan tidak mahu wang tetapi aku mahu ia dilakukan dengan cara yang betul. Salah seorang pemilik bersama DuBook, Saufy Nizar mahu pergi lebih besar dengan cepat tapi dalam masa yang sama meninggalkan benda-benda kecil. Jadi ada sedikit perbezaan visi di situ lalu aku meninggalkan DuBook Press dengan sukarela. Namun antara aku dan DuBook Press tidak wujud perselisihan dan kami masih bertukar-tukar pandangan dan bersedia bila-bila masa saja untuk melakukan projek usahasama.
Adakah pengunduran dari DuBook Press berkait dengan Majalah Rokes?
Aku tak fikir begitu. Bagi aku Majalah Rokes satu entiti yang bergerak sendiri cuma modalnya dijana DuBook Press. Rokes bagi aku berjaya. Aku menjualnya lebih 700 naskah untuk isu yang pertama. Kesilapannya, dengan kos penghasilan yang tinggi aku menjual dengan harga yang rendah. Jadi aku tak dapat mengeluarkan isu seterusnya. Aku fikir aku perlu jadi kaya yang tidak berkira dahulu sebelum menerbitkan majalah.
Bersambung...

12 ulasan:
Aku tak setuju sebab serius itu boleh berada di mana-mana.
Ayat ne memang mantap:
"Kalau Jepun tak ada jual mungkin aku boleh tempah daripada Zulkifli Haron. Sedikit sebanyak benda ni boleh membantu industri rekacipta"
Kahkahkah...Zulkifli Haron..apa punya turr..brader tu dah tua sekarang, tapi banyak pelapis
power jugak pesen temuramah brader ni...saing2 norfarahin jamsari punya soalan tu
Nama zulkifli tu mcm penah masuk buku teks je .
tapi setelah diamati banner tu , kacak juga ye pipirlo . kih3
"Kau tanya amende ni? Amende ni? Aku tak boleh masuk soalan kau ni."
kalau aku jadi tukang tanya tu,aku sigung pipi dua kali lalu blah.macam setan.kahkahkah.
Detail betul kau punya penerangan mengenai bilik operasi neon terbit.
semoga berjaya abg pengurus..cuma elok ambik pa supaya bilik operasi jd lebih serius.
oi bahar sambung part 3...hahaha
Amboi sentuh hal DuBook nampaknya
tapi mat tiara mmg sesuai baca dalam jamban... lebih releks dan najis mudah keluar..
Catat Ulasan