Hai saya Jef Bahari dari Majalah Rokes. Walaupun majalah saya dah lama bankrap, saya kadang-kadang gian juga nak menemuramah dan buat kerja-kerja lama ni. Jadi untuk memulakan temuramah ni boleh abang perkenalkan diri sikit?
Aku rasa dah berbelas-belas tahun soalan pertama interview mesti nak suruh perkenalkan diri. Takde idea lain ke? Macam baru-baru ni aku selak zine-zine di Zine Fest kat Annexe, Central Market pun masih suruh perkenalkan diri sebagai permulaan dalam interbiu dia orang. Aku rasa benda ni kita kena kreatif sikit. Kena berani buat perubahan, berani mencuba sesuatu yang baru. Kita buat kerja pun sedap dan puas hati, orang nak baca pun seronok.
Takpe, sekarang ni abang perkenalkan diri dulu. Nak nasihat lepas ni saya akan kasi peluang.
Aku serius pasal benda tadi. Kau kena cuba la sebab kau dalam bidang ni. Bila kau dah masuk dalam satu satu bidang tu, kau kena go. Kau kena pergi habis habis. Jangan main tepi tepi. Benda ni, maksud aku soalan first tadi tu walaupun kecik tapi bagi aku dia macam kata orang tu ada impact juga.
Ye la, bang. Saya dengar ni, nanti saya cuba, bang.
Okey, good. Nama aku Firdaus Abdillah atau biasanya di internet aku menggunakan nama Pipiyapong. Umur muda lagi, masih bujang dan berwawasan. Buat masa ni aku tinggal di Kuala Lipis dan sibuk membuat kerja-kerja pengurusan label penerbitan aku, Neon Terbit di dalam bilik di rumah aku. Di waktu petang aku gemar bermain bola dan melakukan kerja-kerja lasak seperti mesin rumput atau menebas.
bersambung...

4 ulasan:
kahkahkah. setepet ang bagi dia. insaf aku rasa tu.
kalau wartawan media massa kena gitu, terus keluar paper, retis lupe diri.
Diva perangai mmg mcm ni, serupa Neelofa.
mesin rumput dan menebas tu kategori aktiviti lasak ? hehe . mencabar betei aktiviti sedemikian ye
Catat Ulasan