28 Februari 2012
24 Februari 2012
23 Februari 2012
22 Februari 2012
BR1M
Semalam di Dewan Jubli Kuala Lipis diadakan acara pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia. Maka berduyun-duyun orang Kuala Lipis hadir ke sana dengan senyuman manis berseri-seri. Di sekitar dewan itu bersusun segala macam jenis kenderaan besar kecil sampai melimpah ruah di sepanjang bahu jalan besar. Begitulah ramainya orang yang perlu bantuan. Yang berjalan kaki, yang menaiki bas, juga ada dalam dua tiga puntung.
Dari jauh kutu-kutu hanya mampu tus air liur memerhatikan mereka yang bertuah.
Labels:
kuala lipis,
kutu,
sistem
Kuala Lipis
Lebih kurang 13 hari berada di Kuala Lumpur baru kelmarin gua kembali di Kuala Lipis menikmati udara yang baik dan makan minum yang tersusun. Tidak banyak perkara yang berubah di Kuala Lipis khususnya pembangunan dan kegiatan ekonominya. Penduduk daerah ini pula kelihatan masih harmoni tanpa perlu menunjuk seperti melakukan tarian kebudayaan contohnya. Begitulah ceritanya, tuan-tuan dan puan-puan.
Labels:
borak,
kebahagiaan,
kuala lipis
01 Februari 2012
Lumba Motor, Papan Selaju dan Bola Sepak.
Seluruh rakyat Malaysia harus berasa panik sekarang. Adakah kita semua sanggup melihat sukan lumba motor diangkat sebagai juara blog sukan di negara kita? Adakah sukan papan selaju patut menjadi sukan kegemaran seluruh rakyat Malaysia? Adakah sukan olahraga menjadi pilihan kita semua?
Jika anda sayang bola sepak, undilah blog yang sepatutnya. Kah kah kah!
Mahu vote? Sila ke:
Labels:
Bolo Malaysia,
pilihanraya,
sombong
Langgan:
Catatan (Atom)



