30 Jun 2012

Mencari Salah dan Silap Mat Tiara


Semakan terakhir sebelum dihantar ke printer hardcore.

28 Jun 2012

Aku, Mat Tiara dan Neon Terbit



Syarikat penerbitan aku yang baru bertajuk Neon Terbit telah menerbitkan sebuah buku. Buku itu berjudul Mat Tiara. Inilah kaver buku tersebut yang aku suruh designer aku buat semalam. Itu pun bukan setakat suruh je, nak kena tunggu sebelah baru siap.


Buku ini dijangka akan rilis pada 10 Julai 2012.

Bagi yang berminat untuk menempah, sila layari laman web Neon Terbit di SINI 

24 Jun 2012

Mat Tiara


Gua akan menjual buku ini di KL Alternative Bookfest siang nanti. Pukul 12 tengahari gua jual, pukul 8 malam gua berhenti jual. Nak beli, meh la. Tak nak, sudah.

22 Jun 2012

KL Alternative Bookfest 2012

Jumpa di sini esok dan lusa. Tapi aku cuma ada di sini pada hari Ahad je untuk jual buku tajuk Mat Tiara, sebuah buku yang celaka.

11 Jun 2012

Euro 2012 - Pemain Bola yang Sempurna

Apabila menonton siaran bola Eropah awal pagi tadi aku tak pasal pasal termenung jauh. Lagi-lagi bila terpandang wajah bola yang digunakan. Aku teringat abah kepada bola Tango yang berkuasa pada puluhan tahun yang lalu.

Abah kepada bola Tango sekarang ni nama dia pun Tango. Bola itu cukup power, cukup berwibawa. Bola itu pernah menjadi satu kenangan indah dan dalam masa yang sama boleh juga menjadi kenangan ngeri kepada yang pernah berdamping dengannya.

Malah pada satu masa dahulu pernah para mufti bola memfatwakan ke semua tadika bahawa;

'Barang siapa yang boleh menyepak bola Tango tanpa cedera maka dialah pemain bola yang sebenarnya dan barang siapa pula yang pernah kena rembat dengan bola Tango, dialah pemain bola yang sempurna dan barang siapa yang bila tau pakai bola Tango terus balik rumah maka tak layaklah dia digelar laki-laki.'

Berdasarkan fatwa itu, tahun itu aku telah mencapai darjat pemain bola sebenar yang sempurna dengan abah kepada Tango hari ini. Begitulah ceritanya. 

09 Jun 2012

Euro 2012


Perlawanan pembukaan bola eropah awal pagi tadi agak kena dengan rokok yang aku beli. Semangat rokok macam ni yang kita mau. Caya laaa!

08 Jun 2012

Tenang

Di pagi burung berkicauan dan sang suria baru nak bersiap ini, aku makan keropok lekor makcik aku goreng petang semalam. Kuah pun ada lagi bawah tudung saji. Aku makan hingga ke potongan keropok terakhir lalu perasaan ini terasa sungguh tenang.