26 Julai 2012

Logo Sambutan Merdeka dan Penerangannya


25 Julai 2012

Pandai Berjanji


"Dalam esakan aku tu, aku berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh sampai luar negara, tak akan abaikan pelajaran, belajar dengar lagu nasyid, berbuat baik dengan cikgu dan kawan-kawan dan yang lebih penting aku akan cari makwe lepas dapat kerja nanti. Kalau boleh makwe tu nanti seorang doktor dan juga pandai menjaga hati mak aku dan lebih penting pandai memasak dan mengaji.

Aku betul-betul pandai berjanji sejak itu."

- petikan dari buku Mat Tiara

20 Julai 2012

Rokes Online: Temuramah Pengurus Neon Terbit (Bahagian 2)



Neon Terbit? Boleh abang jelaskan tentang label tu dan kenapa di dalam bilik?
Neon Terbit ni sebuah label penerbitan baru yang aku usahakan bersama kawan kampung aku, Nor Hisham. Ia sebuah label kecil berpusat di Kampung Tempoyang yang tertumpu kepada penerbitan bahan bacaan khususnya buku. Aku dan Nor Hisham memulakannya kira-kira 5 minggu lepas dengan modal RM500 untuk mencetak 50 naskah buku pertama Neon Terbit yang berjudul Mat Tiara. Label ini juga bukan sekadar menerbitkan malah turut bertindak mengedar dan menjual sendiri buku itu.

Aku menguruskan Neon Terbit di dalam bilik kerana bagi aku bilik adalah satu tempat yang tiada tekanan. Mengusahakan sesuatu di dalam bilik sangat berbeza dengan mengusahakan sesuatu di kedai atau ruang pejabat. Orang boleh cakap bila ada kedai atau ruang pejabat bermakna perusahaan itu bersikap serius. Aku tak setuju sebab serius itu boleh berada di mana-mana. Berapa ramai orang yang punya kedai dan ruang pejabat yang akhirnya berbincang tentang perniagaan di meja restoran? Ya, mereka akhirnya akan cari dan duduk di tempat yang tiada tekanan. Mereka akhirnya akan lari seketika daripada memandang dinding kedai dan teringat sewa yang mesti dibayar habis bulan nanti.

Dalam bilik operasi Neon Terbit ini segala-galanya aku lakukan tanpa menjejaskan fungsi bilik tidur aku. Aku simpan kira-kira 420 naskah buku di bawah katil. Beratus-ratus sampul surat, borang Poslaju, gam dan setem aku simpan di dalam kotak juga di kaki katil. Dan di sebelah katil terdapat sebuah meja yang terletak sebuah komputer terpakai yang aku beli kira-kira RM700 untuk aku uruskan soal jualan dan membuat kerja-kerja pra-penerbitan sesebuah tajuk buku. Ia sebuah komputer yang baik dan boleh bertugas untuk merekabentuk dan membuat layout buku. Di satu sudut pula, ada sebuah kipas angin untuk memberi keselesaan di samping tingkap terbuka luas yang membolehkan aku mendengar deru angin, burung berkicauan dan kera bersahutan.

Oh jadi andai label ini semakin besar, adakah abang akan membina bangunan wisma atau sebaliknya?
Kau tanya amende ni? Amende ni? Aku tak boleh masuk soalan kau ni.

Maksud saya apabila label ni semakin besar dan banyak produk takkan la abang masih beroperasi di dalam bilik?
Ya mungkin masih di sini cuma peralatan mungkin lebih baik dan sistem sudah pasti akan ditingkatkan untuk bekerja dengan lebih berkesan dalam menguruskan buku-buku yang semakin banyak. Kalau sebelum ini aku lenguh tangan mengisi borang Poslaju mungkin bila sudah besar sedikit aku boleh pakai robot yang dibeli dari Jepun untuk mengisi borang. Kalau Jepun tak ada jual mungkin aku boleh tempah daripada Zulkifli Haron. Sedikit sebanyak benda ni boleh membantu industri rekacipta.

Steady, steady. Tapi kalau tak silap saya Neon Terbit ni bukan label penerbitan pertama abang, kan?
Ya, betul. Sebelum ini aku menguruskan DuBook Press. Ia sebuah label yang menyeronokkan dengan logo seekor dubuk yang berpelajaran. Asalnya dengan DuBook Press aku bercita-cita untuk menerbitkan buku-buku bukan fiksyen yang power. Tetapi sedikit demi sedikit idea itu hilang kerana komersil dan wang dengan mengeluarkan buku-buku yang aku tidak setuju. Aku bukan tidak mahu wang tetapi aku mahu ia dilakukan dengan cara yang betul. Salah seorang pemilik bersama DuBook, Saufy Nizar mahu pergi lebih besar dengan cepat tapi dalam masa yang sama meninggalkan benda-benda kecil. Jadi ada sedikit perbezaan visi di situ lalu aku meninggalkan DuBook Press dengan sukarela. Namun antara aku dan DuBook Press tidak wujud perselisihan dan kami masih bertukar-tukar pandangan dan bersedia bila-bila masa saja untuk melakukan projek usahasama.

Adakah pengunduran dari DuBook Press berkait dengan Majalah Rokes?
Aku tak fikir begitu. Bagi aku Majalah Rokes satu entiti yang bergerak sendiri cuma modalnya dijana DuBook Press. Rokes bagi aku berjaya. Aku menjualnya lebih 700 naskah untuk isu yang pertama. Kesilapannya, dengan kos penghasilan yang tinggi aku menjual dengan harga yang rendah. Jadi aku tak dapat mengeluarkan isu seterusnya. Aku fikir aku perlu jadi kaya yang tidak berkira dahulu sebelum menerbitkan majalah.



Bersambung...

Rokes Online

(Petikan temuramah dengan Pengurus Neon Terbit)


Hai saya Jef Bahari dari Majalah Rokes. Walaupun majalah saya dah lama bankrap, saya kadang-kadang gian juga nak menemuramah dan buat kerja-kerja lama ni. Jadi untuk memulakan temuramah ni boleh abang perkenalkan diri sikit?
Aku rasa dah berbelas-belas tahun soalan pertama interview mesti nak suruh perkenalkan diri. Takde idea lain ke? Macam baru-baru ni aku selak zine-zine di Zine Fest kat Annexe, Central Market pun masih suruh perkenalkan diri sebagai permulaan dalam interbiu dia orang. Aku rasa benda ni kita kena kreatif sikit. Kena berani buat perubahan, berani mencuba sesuatu yang baru. Kita buat kerja pun sedap dan puas hati, orang nak baca pun seronok.

Takpe, sekarang ni abang perkenalkan diri dulu. Nak nasihat lepas ni saya akan kasi peluang.
Aku serius pasal benda tadi. Kau kena cuba la sebab kau dalam bidang ni. Bila kau dah masuk dalam satu satu bidang tu, kau kena go. Kau kena pergi habis habis. Jangan main tepi tepi. Benda ni, maksud aku soalan first tadi tu walaupun kecik tapi bagi aku dia macam kata orang tu ada impact juga.

Ye la, bang. Saya dengar ni, nanti saya cuba, bang.
Okey, good. Nama aku Firdaus Abdillah atau biasanya di internet aku menggunakan nama Pipiyapong. Umur muda lagi, masih bujang dan berwawasan. Buat masa ni aku tinggal di Kuala Lipis dan sibuk membuat kerja-kerja pengurusan label penerbitan aku, Neon Terbit di dalam bilik di rumah aku. Di waktu petang aku gemar bermain bola dan melakukan kerja-kerja lasak seperti mesin rumput atau menebas.



bersambung...

18 Julai 2012

Kekecewaan Rock

Sebenarnya aku kecewa. Lalu kelmarin aku memotong rambut rock potongan Rambo aku kepada potongan pengurus bank. Aku kecewa dengan sikap mat-mat rock kampung aku, baik yang tinggal di Lipis, Kuala Lumpur mahupun Kuantan. 

Di sebalik rambut yang panjang berjurai, mereka tiada lagi semangat rocking yang tinggi melainkan sebuah kehidupan yang dikawal percintaan. 

Aku kecewa. Aku kecewa dengan mereka lalu meninggalkan scene rambut panjang.

Bercakap dengan Kutu

Tai Cong pada satu pagi dalam bulan September tahun 2011.

"Sebenarnya kalau boleh aku ni nak juga bekerja," Jamal tiba-tiba bersuara dengan mata merenung ke tembok yang semakin sibuk dilalui kenderaan. Renungannya boleh jadi jauh. Barangkali sudah bertahun-tahun ke hadapan.

"Dalam usia begini kau masih ada keinginan untuk bekerja?" tanya aku separuh bergurau.

"Ya lah, aku ni nak juga memiliki rumah, kereta dan kahwin dua. Kalau boleh aku nak satu isteri aku tu di Perak, dan satu lagi isteri mestilah di...."

"Di mana?" Aku memotong.

"Di sisi," sambung Jamal.

"Fak!"

06 Julai 2012

Pembangunan Manusia


Sedikit sedutan Mat Tiara


Tajuk: Mat Tiara
Penulis: Nor Hisham Mohamed
Genre: Hardcore
Tebal: 160 muka surat
Penerbit: Neon Terbit
Gred: A
Pembelian online: http://neonterbit.blogspot.com


04 Julai 2012

Mat Tiara di Zine Fest


"Gua terjaga dari tidur gua yang lena bila gua terdengar suara makcik-makcik dan mak gua selaku tuan rumah berborak cun-cun kat belakang bilik gua. Tak payah tengok jam gua dah tahu sekarang pukul 11 pagi. Time-time ‘anak mak’ balik dari tadika kat area taman gua time macam ini lah ‘mak budak’ berborak kat rumah gua.

Gua sebenarnya tak risau sangat mereka nak berborak tapi tidakkah mereka sedar tuan rumah mempunyai anak-teruna-lulusan-universiti yang sedang tidur dan melayan puteri-puteri dari kayangan. Mereka tidak pernah menjadi anak-dara-remaja ke?

Gua sebagai anak remaja yang bertoleransi, baik hati dan kadang-kala bermasturbasi di waktu pagi mengambil langkah bijak dengan mendiamkan diri sahaja. Kadang-kadang tu gua rasa bagus juga dia orang ada di sini kerana gua dapat mengetahui tentang berita terkini hiburan sensasi yang berlaku kat area taman gua.

Suasana nyaman pagi tu bertukar menjadi taik apabila ada seorang makcik yang pantat mulutnya bertanya beberapa soalan kepada mak gua.

“Anak kau buat apa sekarang? Kerja ke? Tak sambung belajar? Tak masuk....”

Belum lagi habis soalan dari makcik tu, gua lekas-lekas pasang radio sekuat-kuatnya dan pagi itu mereka pun blah slow-slow.

Selamatkan aku atau aku selamatkan kamu?- Petikan dari buku Mat Tiara



Buku ini akan mula dijual secara serius pada hari Sabtu ini di Annexe, Central Market sempena acara ZINE FEST & DISTRO DAY OUT MALAYSIA. Jumpa di sana mat mat dan minah minah baca!



03 Julai 2012

JKKK dan Saya

Lebih kurang pukul 1 pagi tadi, aku membuat keputusan untuk pulang dari warung kopi. Aku membayar kopiku, menghidupkan enjin kereta lalu memandu dengan tenang di atas permukaan jalan yang lembab gara-gara hujan sejak Isyak. Di dalam pemanduan aku berfikir tentang tuntutan damai Neelofa.

Setelah memandu kira-kira lima kilometer, aku sudah memasuki Kampung Tempoyang dan bersedia untuk membelok ke simpang perumahan tempat tinggalku. Sebaik memasuki simpang, aku mendapati markas JKKK terang-benderang. Kelihatan lima hingga enam orang tua berpakaian konon-konon lasak sedang duduk berbincang di hadapan markas itu.

Aku memberhentikan kereta lalu turun.

"Assalamualaikum, pakcik," aku beri salam sambil berjalan mantap, "kampung kita ni dah tak aman ke?"

Semua mata memandang kepadaku sebelum seorang pakcik menjawab, "ya, awak tidak tahu lagi ke? Kampung kita dah tak aman lagi. Rumah-rumah sering dipecah masuk dan diambil barangan berharga."

"Ini satu perkara yang tidak baik," dahiku berkerut mendengar apa yang disampaikan.

"Ya, kami semua sedang bergilir-gilir membuat rondaan untuk mengatasi perkara ini."

Aku mengangguk, "saya fikir orang muda dan pakcik semua perlu bekerjasama di dalam pemasalahan ini. Saya akan cuba kumpulkan budak-budak saya untuk kita sama-sama berpadu tenaga meronda dan membanteras jenayah di kampung ini."

"Kalau itulah yang awak fikirkan, kami sangat mengalu-alukan." jawab seorang pakcik sambil pakcik-pakcik yang lain mengangguk-angguk kepala. 

Aku bergegas masuk ke kereta. Sampai rumah aku bukak Facebook, tuit sikit sikit dan tidur.