08 Januari 2013

Ombak Rokes


Di ruang tamu yang samar samar diterangi cahaya lampu dari dapur, kipas berpusing pada kelajuan satu. Ia malam yang baik. Tidak begitu panas dan tidak juga dingin seperti di Alaska. Jefri berbaring di atas lantai dengan kusyen yang dilipat dua dijadikan alas kepala. Tangan kirinya pula kukuh di atas dahi. Pandangan Jefri tertumpu ke arah peti televisyen yang sedang memainkan sebuah drama asmara yang agak berat. 

Aaron Aziz sedang berjalan-jalan di dalam lobi sebuah bangunan dengan wajah yang kusut seolah-olah menghadapi masalah yang cukup besar di dalam perniagaan abahnya. Tiba-tiba seorang perempuan bergaya eksekutif muda yang sentiasa mengejar masa terlanggar bahu Aaron Aziz yang tegap lalu terjatuh. Maka bertaburanlah segala fail, dokumen, pensel picit dan pembaris panjang di tangan perempuan itu yang diterajui Maya Karin. Aaron Aziz terkejut dan memandang Maya Karin di kakinya yang mula mendongakkan wajah. Ditabiri muzik latar yang sesuai, mereka saling merenung dan melutut mengutip barang-barang yang jatuh di atas lantai tadi. Pada satu ketika tangan mereka tidak sengaja bersentuhan lantas mereka menjadi malu-malu kucing.

"Menyampah betul aku. Senang betul orang kerja pejabat ni dapat makwe. Aku lempang juga karang tak bangun Aaron Aziz ni," gerutu Jefri seorang diri.

Samrin yang sedang membaca buku STPM memanjangkan leher menjenguk ke luar bilik, "biasa la tu, Jef. Drama melayu memang macam tu. Kita sebagai penonton kena banyak bersabar."

"Hotak dia! Dah dekat 30 tahun scene macam ni diorang main. Sejak Latif Ibrahim sampai ke Aaron Aziz."

Kedengaran Samrin hanya terkekeh-kekeh dari dalam bilik. Jefri menutup suis televisyen dengan ibu jari kakinya. Ruang tamu serta-merta hening.

"Ko bila nak tidur ni?" Tanya Jefri, "esok Isnin kerja berat ni brader."

"Kejap lagi la, Jef."

Jefri bersilat cuba mengelubungi diri dengan selimut corak kotak-kotak. Setelah berjaya membungkus diri, tubuhnya terus kaku. Dan malam mulai sepi. 


(bersambung)

11 ulasan:

Xfaiz86X berkata...

1st...hahahaha

Kojeng berkata...

Macam sedap je drama ni tiba2 bersambung pulak.

Hadoi

Tanpa Nama berkata...

palat...beghok tak abeh.

smbotak berkata...

sebelum tidur, tanam azam. esok dia nak langgar bahu semua makwe yang ada...

Anie berkata...

kalo drama melayu sedap sket sokmo la bersambung. mencik! tekanan tol!

Sandokhan berkata...

pipi memang jenis suka buat cerita sekerat-sekerat...cheit!

Orang Akaun berkata...

besar kemungkinan bersambung ni tak bersambung lagi dah..
kemungkinan tuh besar macam lori indah water..

oranglidi berkata...

labels: asmara. puih

Tanpa Nama berkata...

1st time aaron masuk blog ni.

biskutkumpang berkata...

gua dah biasa, cerita lu memang anti klimax. silap haribulan tak bersambung teruih

berQ berkata...

gua nak tengok agak2 bila pipi nak sambung cerita ni....