30 Ogos 2013

Semangat Merdeka Yang Kita Tak Pernah Rasa

Aku baru tengok iklan Merdeka Petronas ini tahun ni. Korang dah tengok ke tak ni? Orait laaa iklan tu, cuma aku agak kecewa sebab tak ada tunjuk perjalanan hidup seorang tukang jahit jeans berpandangan jauh merangkap penulis dari kecik sampai berjaya dalam hidup.

Kalau korang belum tengok, tengok je kat YouTube. Tak patut betul pelukis boleh berjaya sampai ke jinjang pelamin. Apa kurangnya penerbit buku indie?

Sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal benda lain. Lain betul. Lipis sekarang tak ada budak, semua kat Kolumpo main badminton dengan bini. Kalau ada pun, diorang sibuk jual rokok karan. Aku tak masuk. Jadi aku nak cerita pasal sorang penulis berjasa yang kita semua patut tahu. Kalau tak kenal siapa dia ni, korang memang malang. Aku darjah 5 dulu dah lukis dan tampal gambar dia kat dinding bilik.

Artis ni namanya UA. Atau Adi Jaya. Atau Pengarang Muda. Atau Amir. Atau Manis. Atau Rose Murni. Atau Setiabudi. Atau Zaini. Power juga aku boleh hafal ni.

Nama yang korang mungkin lebih tahu, Tongkat Warrant. Atau nama betul, Usman Awang.


Aku perati banyak betul persamaan aku dengan Usman Awang. Dua-dua struggle. Dua-dua menulis. Dua-dua berjasa, dan dua-dua sayang makwe.


Usman Awang dulu susah hidupnya. Pernah jadi petani. Masa zaman Jepun, dia kena jadi buruh paksa. Nasib baik lepas enam bulan, dia dapat lari.

Macam aku juga sekarang. Aku jadi buruh paksa alter jeans Jepun. Tak lama lagi, aku nak lari Kolumpo.

Kah kah kah.

Orait bukannya aku nak samakan diri aku dengan penyair, seniman negara, artis hebat ni. Aku nak cerita pasal sajak dia yang aku suka. Sajak ni dia tulis tahun 1956, satu tahun sebelum Malaya merdeka. Jangan berasa hairan kalau tajuk sajak ni Tanahair (Menjelang Kemerdekaan).

Itu hari aku ada baca pasal Petronas nak guna sajak ni sebagai tema hari Merdeka tahun ni. Aku baca diorang nak buat lagu. Pelik juga. Selalunya masa sekolah, lagu orang ambil buat sajak untuk dibaca masa hari guru. Ini terbalik ni. Maka aku pun ada sedikit minat untuk menunggu macam mana lagu ni bila dah siap. Boleh pergi ke tak. Siapa yang nyanyi? Siapa yang karang lagu? Ada Bangfes ke tak? Ada Siti Norhaliza ke tak?

Aku dah Google. Lagu belum keluar lagi. Diorang tunggu pukul 12 malam 30 Ogos aku fikir. Real ni, real. Apa-apa hal, bila lagu keluar nanti, korang kena kejutkan aku.

Usman Awang tulis sajak ni tahun 1956. Masa tu ramai rakyat dah tahu tak lama lagi British nak bagi orang Malaya merdeka. Semua bersemangat betul.

Aku tak fikir kita boleh samakan semangat diorang dulu dengan apa-apa semangat yang kita rasa sekarang. Malaysia menang bola? Tak cukup. Chong Wei kalahkan Lin Dan? Belum cukup. Member bagi kasut futsal masa birthday? Memang belum cukup. British nak bagi merdeka? Aku belum lahir lagi. Aku tak tau macam mana nak gambarkan.

Aku cuma boleh kongsi aje. Kongsi harapan dan semangat dalam sajak ni. Tapi aku rasa masa tu memang real punya semangat.


Tanahair (Menjelang Kemerdekaan)

Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani

Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.


Nampak? Real betul sajak ni...

Aku rasa macam nak menangis je niiiiii. Negara baru di atas rongga jantungmu akan tertegak bertapak dalam kebebasan cinta antara kita wahyu dari Tuhan.


Pergh.

15 ulasan:

idontdrinkmilk berkata...

Perggh! hebat!

Pert Doherty berkata...

itulah aku kata, semenjak dua menjak ni common sense kau ni dah makin tinggi

Roronoa berkata...

gaya tulis seriyes macam ada tanda-tanda nak kahwin..

Roronoa berkata...

gaya tulis seriyes macam ada tanda-tanda nak kahwin..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Kah kah kah

sonik-malam berkata...

Dua rangkap last tu memang power. Bila majlis belah lipis?

kitt berkata...

Tektik letak gambo terus cuit liyanafizi. .

kitt berkata...

Tektik letak gambo terus cuit liyanafizi. .

Pizli Mat Wazip berkata...

Pelik pulak kau tulis macam sayu-sayu ni.

Apexer berkata...

tak lama dah pipi ni.

Stacy Frenz berkata...

Mohon Share lirik Lagunya yaa!!

Suspek Utama berkata...

amboih patriotik..lalalala.

deep btol gaya penulisan ko ni..

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Salam penulisan.

Unknown berkata...

pergh..koi rs ni la tulisan aok yg paling power..hehe.yg sblum2 ni power jugak.tp yg ni power bercampur tanda2 nak bertaubat.keh3..

Niv berkata...

Aku tak tau nk ckp ape dh kt aok ni pipi...kahkahkah